Iron Maiden

Perancangan perjalanan IRON MAIDEN Singapore 15/2/2011

Tak lama lagi pembelian tiket akan dibuka. Untuk official fan club macam aku, kaunter dibuka sehari sebelum dibuka kepada orang ramai iaitu 8/11/2010. Members hanya boleh beli 4 tiket je.

—————–
Plan awal trip Ipoh-Singapore begini:

14/2/2011 (Isnin) lepas ofis hour bertolak ke JB dan sampai ke tempat penginapan lewat malam. Rehat.
Penginapan boleh jadi rumah homestay atau bajet hotel.

15/2/2011 (Selasa) selepas cukup rehat, boleh masuk Singapore awal naik pengangkutan awam. Ikut pengalaman, memang dari 5-6jam sebelum show dah penuh orang beratur nak dapatkan tempat paling depan.

Malam selepas show, kembali ke JB.

16/2/2011 (Rabu) kembali ke Ipoh.

Jadi, kena ambil cuti 2 hari (Selasa + Rabu).
———————–

Kuota tiket cuma ada 4. Satu untuk aku, belen 3 tiket lagi yang aku reserve pada mereka dari sekitar Ipoh SAJA! So senang nak naik sat kereta.

Kereta no problem, boleh naik Grand Livina aku je. Cuma, of course kena tong-tong duit minyak, tol etc.

Bajet?

1. Tiket seperti di bawah (dalam Singaporean dollar):

Prices:
Pen A – $178*
Pen B – $148*
Terrace Side – $148*
Terrace Back – $128*
Terrace Corner – $98*

*$3 booking fee applies

Aku cadangkan beli yang $178 untuk tempat dan view yang cantik hadapan stage. Alang-alang dah beli, kan?

2. Homestay – kalau dapat rumah 3 bilik dalam RM250 semalam (bahagi 4)
3. Tol – RM200 (bahagi 4)
4. Minyak – RM150 (bahagi 4)

Sesiapa yang menetap di Ipoh dan berhajat nak sertai aku, sila email *thebentara*@*gmail.*com (buang *) dengan segera. Bayaran tiket adalah secara advance. Once tiket diumumkan untuk jualan berserta dengan harga, SILA masukkan duit dalam akaun aku (akan diberitahu kemudian).

Aku hanya melayan mereka yang betul-betul nak pergi, bukan yang masih teragak-agak dan was-was atau bajet tak berapa nak cukup. Sori, ini show aku jangka tiket habis sekelip mata sebab bukan saja peminat Singapore je yang pergi, bahkan Malaysia dan dari negara luar.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top