
Walaupun badan-badan pengangkutan awam asyik mempromosikan perkhidmatan mereka disamping menjamin khidmat yang terbaik, realitinya tidaklah sebegitu.
Aku pun sudah lama meninggalkan scene perkhidmatan awam ni sejak ada kenderaan sendiri. Dan sebab tidak mahu menggunakan perkhidmatan awam ini disebabkan khidmatnya membuat kita 2-3 kali fikir.
Komplen seorang pengguna komuter di Selangor boleh dibaca DI SINI.
Aku pun boleh bayangkan keadaan beliau. Kesian kepada mereka di Selangor yang menggunakan sistem komuter. Pasti ramai yang boleh kaitkan dengan pengalaman buruk sendiri ketika menaiki komuter ini.
Ditambah pula dengan kemalangan yang melibatkan bas baru-baru ini.
Kejadian sebegini memang menyebabkan majoriti dari kita, kalau boleh, kita akan mengelak menggunakan kenderaan awam.
Pengangkutan awam seperti LRT, komuter, bas, teksi dan sebagainya memang perlu dipantau dengan lebih sistematik kerana inilah salah satu ciri yang menunjukkan negara kita sedang menuju ke arah Negara Maju.
Ikut pengalaman aku di negara maju (Australia), pengangkutan awam memang tip top.
Kalau bas rosak, syarikat bas akan hantar teksi untuk hantar penumpang ke destinasi mereka.
Lambat yang dibenarkan hanya dalam lingkungan 5-10 minit saja. Jika lambat, tindakan denda akan diambil (tak pasti kepada pemandu atas syarikat).
Aku rasa isu pengangkutan awam ini sudah lama dan masih tak selesai.
Soalannya, bila nak selesainya?

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.