
Sebelum ni batuk macam tu juga. Pergi jumpa doktor. Doktor suspek asthma. Bagi ubat asthma. Alhamdulillah reda. Apa? Korang tak tau asthma pebende? Malas nak explain.
Kali ni kena bagi ubat yang sama, tak kurang-kurang pulak batuk. Makin teruk ada la. Terutamanya malam. Susah betul dia batuk. Sampai terdesak bahu dia ketika batuk. Imagine, budak tak cukup 3 tahun batuk macam tu.
Akhirnya, aku bawak ke Tea Tree Surgery klinik pagi tadi. Doktor kata mungkin asthma. Mungkin pneumonia. Dia tak boleh nak decide. So beliau refer ke Benson Radiology untuk X-Ray.
Aku balik. Beberapa minit kemudian, doktor tu call aku kat rumah. Dia dah tengok X-Ray tu dan dia suspek pneumonia iaitu agak kritikal berbanding dengan asthma. Dia kata, better pergi ke Modbury Hospital, Emergency Department. Kelam kabut le aku. Kali ni aku pergi bawak wife pulak sebab ada kemungkinan kena admit.
Doktor kat Modbury Hospital pun tengah buat testing nak determine apa penyakit. Ikut X-ray pun tak berapa jelas.
Penyudahnya… kena admit. Bermalamlah wife aku dengan Isa di hospital. Tiadalah bantal pelukku malam ni… (rasa syahdu pulak).
Tapi menunggu di hospital, satu penyeksaan. Hampir 4 jam menunggu untuk admittance. Memang kat sini emergency kena tunggu lama. Ramai orang komplen. Aku dah lupa kat Malaysia camana. Rasa aku takde la lama macam ni. Ke camana?
Moga Isa sihat esok insyaAllah. Kalau takde perubahan dia kena transfer ke Women & Children Hospital pulak. Berat punya kes.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.