Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Harini, ika nak share satu produk tempatan khusus buat mereka yang masih tercari-cari produk apakah yang sesuai untuk membunuh serangga dengan berkesan. Memperkenalkan PEST KILLA , “FROM GREEN TO ANTI-PEST”. Kalau sebelum ini, kita selalu guna penyembur nyamuk untuk membunuh semua serangga, apa salahnya kalau kita spent duit kita untuk beli PEST KILLA ini yang nyata-nyata bertujuan untuk membunuh semua serangga.
Secara tidak sengaja, kita juga turut support produk local. Siapa lagi nak support produk local kalau bukan kita. Yang paling penting nak cari produk yang eco friendly sekarang bukan senang ya. Memandangkan, produk ini boleh didapati di dalam talian online (Shoppe). ianya akan lebih senang buat kita yang suka membeli barang. Wah semuanya boleh dibeli dihujung jari!. Jom kita baca serba sedikit info mengenai PEST KILLA ini.
| Source: Google |
Mengambil idea daripada kaedah Orang Asli menghalau serangga menggunakan pokok tuba, penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencipta racun serangga mesra pengguna dikenali sebagai Pest Killa.
Ketua Projek Penyelidikan Pest Killa, Dr Abdul Syukor Abd Razak, berkata pihaknya menjalankan kajian selama 2 tahun untuk mengenal pasti potensi pokok tuba (derris elliptica) menjadi bahan utama dalam penghasilan racun serangga.
Beliau berkata, kajian itu membabitkan ujian terhadap lipas, semut, lalat dan cicak sahaja tetapi produk berkenaan kini boleh digunakan untuk menghalau pelbagai jenis serangga, termasuk nyamuk dan lipas.
“Kami memulakan kajian pada 2013 dan mendapati pokok tuba mempunyai potensi sebagai agen menghalau serangga”. Namun jika digunakan secara lansung, ia akan memberi kesa sampingan kepada pengguna.
“Oleh itu, kami mengambil keputusan menghasilkan racun berkenaan dalam bentuk cecair semburan yang mesra pengguna, malah berbau wangi dan tidak menyesakkan pernafasan”

Kandungan
Bahan aktif 0.01% diformulasi daripada pengekstrakan Derris Elliptica, Asid Lemak.
Kelebihan PEST KILLA :_
- Mesra alam
- Mudah digunakan
- Murah & mampu milik pada harga RM 23 sebotol
- Sangat menjimatkan kerana sebotol boleh digunakan antara 3 – 4 bulan
Berkesan Menghalau:-
- Lipas
- Semut
- Lalat
- Cicak
- Nyamuk
- Lipas
- Pepijat
- Anai-anai

Cara Pengunaan:-
- Putarkan penutup semburan
- Semburkan ke kawasan/perimeter dijangkiti serangga
- Biarkan semburan kering
- Putarkan semula penutup semburan selepas digunakan
- Gunakan bila perlu
⚠ AMARAN PENGGUNAAN
- Basuh dengan air jika terkena kulit
- Letak di tempat yang selamat dan jauhkan dari kanak-kanak.
- Pastikan penutup semburan ketat
Berikutan respons positif yang diterima, Abdul Syukor berkata produk Pest Killa dikomersilkan dengan mencatat jualan sebanyak 20,000 botol setiap bulan membabitkan permintaan daripada warga kampus dan masyarakat luar.
“Berdasarkan testimoni diperoleh daripada 2,000 pelanggan, sebanyak 99.8% bersetuju bahawa produk ini sangat berkesan menghalau serangga dan tidak memberi impak berbahaya terhadap pengguna. “katanya yang bekerjasama dengan UMP Holdings Sdn Bhd untuk mengedarkan Pest Killa.
Inovasi itu turut meraih Anugerah Produk Paling Inovatif Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Peringkat Antarabangsa (NEGARA ASEAN) 2016 – Laporan BH Online.



Wah, banyak ya good feedback dari Shopee Pest Killa. Dari feedback di atas kita akan merasa yakin untuk membeli produk Pest Killa ini. Jom dapatkan PEST KILLA di Shopee.
Klik Sini Untuk Membeli PEST KILLA
MERDEKA LEBIH BERMAKNA DENGAN PEST KILLA #PEMBUNUH #SERANGGA #MESRA ALAM PENGGUNA

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






