Takde ah… sebenarnya nak travel jauh sikit bawak family. Objektif utamanya nak buat paspot anak bongsu, Isa kat Canberra. Rule nak buat paspot, kena pergi sendiri buat kat Canberra. Dah tak boleh pakai pos (dulu boleh).
So alang-alang kan… extended vacation la.
Trip ni Adelaide-Melbourne-Sydney-Canberra. Tengok map atas tu. Cari bandar-bandar tu. Nampak OK kan? Padahal 2000km punya journey tu huhuhu…
Ambil masa 7 hari 6 malam punya trip ni. Oleh kerana kereta yang ada pun buruk, takut terbakar tengah jalan, kena la sewa.
Dari Adelaide ke Melbourne, sila refer detail route kat bawah. Jarak 900km.
Aku dah biasa ikut ‘freeway’ (highway yang takde tol) ke Melbourne ni sebab selalu ijtima’ tabligh buat kat sana. Kali ni, ikut long way la pulak. Ikut pantai. Femes gak jalan pantai ni, diberi nama The Great Ocean Road. Sori ah detail gua takde. Tak habis research lagi. Nanti dah kaji, gua kasi laporan OK?
Lepas tu dari Melbourne ke Sydney, detail route kat bawah. Jarak hampir 900km.
Sydney memang gua tak pernah pergi. Excited sikit. Orang kata Sydney lagi cun dari Melbourne so most probably gua explore Sydney lebih sikit dari Melbourne.
Kalau perati kat map tu, nampak Canberra in between Melbourne dan Sydney. Yeap, lepas pi Sydney baru patah balik ke Canberra. Buat paspot, lepas tu caloo balik ke Adelaide.
Hari Isnin gua nak mintak cuti dengan supervisor. Lagi pun akhir tahun hujung Disember, diorang semua pun cuti apa. Last year gua kat Uni masa tu, macam hantu. Orang takde. Senyap sunyi je.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.