Hidup di Adelaide

Raya lagi… 5 Oktober 2008 Adelaide

Kali ni gua pulak jadi host. Tapi gua kongsi dengan a few Malaysian families kat sini. Senang. Masing-masing masak kat rumah lepas tu bawak ke rumah sahabat ni. Dapat la banyak juadah dan boleh ajak ramai kengkawan.

Gotong royong setup venue. Cuaca dijangka agak panas so kena tarik teduhan.

Ayam percik BBQ… hanya dari The Swinging Bowl Restaurant ( Restoran The Mangkuk Hayun)!

Tokey Swinging Bowl kalau tak enter frame memang tak sah! Beliau dengan peminat setia (selepas ambil autograf).

Tengah peak ni. Masing-masing tak sempat nak bersembang. Mulut penuh!

Komplot illegal meratah ayam percik. Tokey Swinging Bowl hilang sekejap kerana dikejar peminat.

“Rasanya… teman kenal miker ni… Husin Bote ye?”
“Isyy kamu… jangan disebut nama itu… teman segan sikit kat ostolia ni… panggil la teman Hetfield.”

“Errr… how you? My English good?”
“Fuh.. berabuk! Oopss… so dusty!”

3rd round bebeh…
Persatuan Suami Terbiar cawangan Adelaide sedang berbincang aktiviti mingguan.

“Guano demo?”
“Miker orang kelate ke? Takde ropa langsung!”

Juadah pot luck.

Malam tu kat rumah, gua sambut besar-besaran dengan anak-anak… bakar bunga api.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top