Musik

Record Fair, Adelaide Showground 7/6/2008

Parking cekik darah!

Gua di’informed’ pasal event only the night before. Nasib baik gua browse forum local Metal community. Kalau tak gua pun tak tau.

Mengikut katanya, event ni annually. Gua tau sebenarnya existence event ni cuma yang sebelum-sebelumnya, gua tak amik peduli sangat. Tapi sekarang ni ada interest sikit nak gi nengok. Yes, nengok je.

Kat parking lot, bangunan tu bukan tempat event! Gua pun tak tau bangunan apa.

Showground ni maybe ada funfair main before, gua tak pasti, tapi bukti ada tu.

Event sempena long weekend, Isnin cuti oi kat sini.

At the gates…

Kat showground ni memang selalu la depa buat events. Dulu masa gua duduk dekat-dekat area ni, hari Sabtu kat sebelah ni ada pasar tani. Then, masa Dream Theater mari, show pun kat kawasan sini. (Laporan penuh). Kat showground ni ada banyak buildings. Yang record fair ni is at one of it tapi bukan kat gudang dimana Dream Theater performed.

Gua excited gak masa sampai tengok kereta pun banyak penuh. Lepas parking, gua lajukan langkah.

Rupa-rupanya, bukan je parking $5. Nak masuk dewan pun kena bayar $5. Dia kasi form cabutan bertuah. Kalau tercabut dapat DVD player. Errr… malas ah nak isi details. DVD gua tak terliur pun.

Ni stall paling besar kot, tapi barang tak bagus (tak Metal)

Tua muda sibuk mencari bargain dan rarities

Gua estimate ada dalam 20-30 stalls kat sini. Mostly jual vinyls. Ada juga yang jual CDs tapi boring ah nak browse CDs. Dah jemu hehehe… so gua round selak vinyls je la. Gua punya misi, cari IRON MAIDEN, DREAM THEATER, SCORPIONS (zaman Uli Jon Roth) dan MEGADETH. Inilah hasilnya…
MEGADETH Killing Is My Business LP

MEGADETH United Abominations LP

IRON MAIDEN Somewhere Back In Time double LP


Tapi tengok la harga tu… huhuhu… Gua estimate harga pun lebih kurang macam order dari overseas je. So gua kena berhati-hati. Kalau nak ‘terbeli’ kena terbeli yang betul-betul worth it ah. *Note – gua takde turntable so kalau gua beli vinyls, memang jadi simpanan je la. Nak dengar camana?

Tapi satu gua boleh cakap. Vinyl memang cantik ah! Gambar besar! Puas ah memegangnya.

Ada satu stall ni ada dalam 20 keping vinyls IRON MAIDEN. Kira stall paling banyak jual IRON MAIDEN. Tapi harga, well, he knows what he sells la kot. Meleleh je la nengok.

Then ada dua orang pemuda, dok beli IRON MAIDEN vinyls gak. Kalau tak salah gua depa beli IRON MAIDEN Aces High 12″ dan IRON MAIDEN Holy Smoke 12″. Gua perati je. Semangat depa ni membeli.

Makcik pun ada. Even yang bawak satu family pergi pun ada.

Metal biasanya depa compile kat tempat khas.

Haaa… selak jangan tak selak.

Ni satu-satunya stall yang jual Metal vinyls. Gua tulis sikit kat bawah.

Figurines gua tengok je la. Tak leh beli.

Ada satu stall sini yang jual brand new, almost Metal exclusively vinyls. Memang rambang ah nengok! Antara yang gua ingat ada jual, DEATH, MORBID ANGEL, EXODUS, METALLICA etc… semua sealed! Tapi harga la kan. Ranging dari $30 ke atas.

Nama stall ni FkCDs hehehe… Gua tak pasti samada depa ada brick store atau tak, tapi kalau lu orang nak tengok kat sini www.vinylpusher.net. Harga kat store tu gua check memang mahal sikit dari yang dia jual kat event ni. Gua paling meleleh nengok IRON MAIDEN A Matter of Life and Death double LP tu. Sealed lak tu. Aduh… gua dah pegang, belek-belek dan timang-timang. Tapi gua kata, gua jalan dulu ah (sambil mikir). Lagi satu yang ada IRON MAIDEN Somewhere Back In Tour LP. Lagi satu best, METALLICA reissues 180grams double LP.

Masa nak balik tu, member gua telepon suruh tunggu kejap. Gua sebenarnya jual Sepultura CD kat dia. So nak pass la ni. Gua sempat join dia kejap sebab dia nak beli HELLHAMMER Demon Entrails 3LP. Dia kata dia dah book. Dia ni memang diehard Celtic Frost. Dia kata most items dia beli direct dari official merchandiser Celtic Frost, so selalu dapat yang autographed.

Lepas gua teman dia beli Hellhammer tu kejap then ambik duit CD gua, gua pun caloo. 3 jam gua spent kat sini. Sudah letih ah…

Gua beli ke tak? Beli… nanti gua report dan upload gambar apa yang gua beli OK? Tunggguuuuu….

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top