Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu menolong kami mengangkut barang; Azman + family, Halim (penyanyi BROTHERS weiii), Azudin dan mat kontroversi, Aliph Al-Turkistani. Tanpa kalian, patah tulang belakang dan tercabut kepala lutut gua (tapi kesan post-pindah terasa macam tu jugak le).
Minum Gatorade pun kesan sikit je (kami tak boikot Gatorade).
2. Esoknya a few brothers yang terlibat dengan usaha dakwah dan tabligh telah buat BBQ dan jamuan kepada mereka-mereka yang biasa dengan usaha ini. Gua datang makan je. Lepas maghrib di masjid, kami berkumpul di dalam rumah depan masjid untuk dengar bayan dan makan (masjid tidak dibenarkan buat program). BBQ memang menjilat siku; lamb yang dimarinate dengan rempah apa ntah, memang lazat! Tambah lagi nasi briyani yang 1st class.
Ramai yang duduk dengar bayan dan makan. Yang paling menarik perhimpunan kecil (30-40 orang) tu, gua dapat lihat Muslimin dengan pelbagai background; bahasa, bangsa dan status duduk sekali. Melayu Malaysia, Indonesia, Singapore… Bangla, Pakistan, Afghan, Turkistan, Turki… malah mat saleh Ozzie pun sekali duduk. Nampak Islam ini memang menyatukan ummat.
Saying that, gua rasa pelik juga kalangan komuniti Muslim di sini yang apabila berkumpul, meletakkan status ‘elite’ dan ‘ekslusif’. Contohnya, Indonesia dengan perhimpunan Indon mereka, Turki dengan Turki mereka, Bangla dengan Bangla mereka, Malaysia dengan Malaysia mereka. Gua punya tafsiran ialah; walaupun mereka validate dengan pelbagai alasan, mudah berkomunikasi sama bahasa, mudah faham masalah sesama bangsa… mereka sebenarnya telah tenggelam dengan kesan divide and conquer yang dilakukan setelah berakhirnya sistem khalifah. Everyone is divided by race, language and nations.
Gua sekali-sekala pergi jugak gathering Melayu Malaysia. Banyak manfaatnya gua akui namun exclusivity itu gua tak berapa boleh nak telan. Balik-balik cerita hal Melayu, hal Malaysia etc. Kalau cerita tentang masalah agama pun, mesti relate dengan keMelayuan. Semuanya dari kacamata orang Melayu.
Masalah agama ialah global. Walaupun kita bicara tentang sesuatu masalah, seperti Gaza contohnya, kita akan bercakap dari perspektif Melayu Malaysia. Dan kita akan rasa kita benar. Mana tidaknya yang ada sekeliling pun Melayu je.
Apatah lagi orang Melayu ni sangat tertarik dengan keadaan politik Malaysia, walaupun duduk ribu-ribu batu dari Malaysia dan dah hampir 10 tahun menetap di Australia. Terlebih afdal kita get involve dengan masalah tempatan, especially berkaitan dengan usaha agama.
Islam bukan berkisar pada Melayu dan Malaysia aje bro. Gua bagi satu contoh…
Mungkin kalian tak perasan bahawa seorang bro Ozzie yang duduk betul-betul depan masjid Wandana, mempunyai maktabah Islam yang komprehensif (cakap je kitab muktabar apa, insyaAllah dia ada simpan), selalu solat berjemaah dan sangat kelihatan sebagai Muslim yang ideal sekarang telah meninggalkan agama Islam! TELAH MENINGGALKAN AGAMA ISLAM! (sanad sahih gua dengar dari seorang sahabat yang berbicara dengan brother ni directly)
Apakah bencana lebih besar dari itu? Obviously benda-benda pokok dan penting macam ni kita tak peduli sebab tak involve dengan 1. Melayu dan 2. Malaysia. Sebab itulah gua rasa timbulnya perspektif di Malaysia, orang-orang tidak Islam lagi tidak mahu masuk Islam sebab takut jadi Melayu!
Gua sekali tu ternampak satu jemaah dari masjid Wandana telah ketuk pintu brother tu. Mungkin untuk ziarah dan memujuk beliau untuk kembali. Gua rasa sebak dan sedih sebab memang sebenarnya ada lagi mereka-mereka yang masih peduli.
Masalah komuniti Islam TEMPATAN dengan pelbagai background perlu dilihat dan dibicarakan dari hati ke hati dengan komuniti Islam tempatan REGARDLESS of what race, what language or what country you are from.
That’s Islam. Islam unites not divide and conquer. Lupakah kalian apakah yang menyatukan kita? Lailahaillallah!
Nanti gua bicara lagi kalau ada kelapangan.
, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.