
Stop pertama kami ialah di Mokpo City sebuah bandar pelabuhan yang mengadap Yellow Sea di penghujung Semenanjung Korea. Ianya adalah bandar pelabuhan tradisi yang membangun tetapi mengekalkan kebanyakan bangunan-bangunan lama. Kami ke sini kerana “projek” ini melibatkan Mokpo National Maritime University (MMU), yang wujud sejak tahun 1950. Bisnes utama MMU ialah dalam bahagian maritim, menghasilkan graduan yang terlibat dengan perkapalan. Populasi pelajar pada satu-satu masa adalah lebih kurang 2500 orang. MMU adalah universiti maritim kedua penting di Korea Selatan selepas Korea Maritime University (KMU) di Busan, yang mana kami juga ada kepentingan lain (mungkin trip akan datang ke sana pula).
Perjalanan dari Incheon Airport ke Mokpo City begitu meletihkan (4 jam). Masa rehat kami adalah 20 minit saja selepas check in hotel kerana appointment pertama kami berjumpa dengan kolaborator kami, Professor Kim dengan makan tengahari. Apa yang kami tidak sangka ialah rupa-rupanya lunch kami adalah di dalam kapal training pelajar MMU.
















Setelah dibawa melawat kapal ini kami seterusnya di bawa kebangunan MMU yang tak tidak jauh dari sini untuk menghadiri mesyuarat berkenaan dengan projek kami. Keesokannya kami akan bertola ke Gwangyang City atas jemputan Datuk Bandar Gwangyang City. Mereka juga terlibat dengan projek ini. Menunjukkan betapa projek ini penting bagi mereka.
Agak kagum juga di bilik simulasi di dalam sebuah bangunan MMU. Keseluruhan hardware dan software dibina oleh sebuah syarikat tempatan dengan kos US$2 juta. Visual 3D menyebabkan kita terasa hayunan di dalam kapal walaupun ia sekadar simulasi di dalam sebuah bilik.






, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.