Buku

Suprise Box dari Anak Denesor

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Siapa ada baca entry ika sebelum ini berkenaan suprise box dari Kasihku Amani. Ianya adalah projek kerjasama antara kami (rakan blogger). Suprise box haruslah diisi dengan benda wajib iaitu buku dan barangan lain itu terserah kepada individu tersebut. Kira suprise la yang lain tu. Best kan! 

Kalini, ika dapat suprise box dari seorang lagi blogger iaitu Anak Denesor ( https://www.anakdenesor.com/). Ika masih berhutang dengan AD box ini sebab ika masih tidak berkesempatan lagi. Soon InshaAllah tau! Kenal AD dah lama tapi belum bersua muka lagi walaupun boleh dikatakan boleh la nak jumpa sebab rumah masing-masing tak jauh mana pun. 

Oh ya, box yang AD bagi dekat ika ni, bertema gais. Tema zombie!Terus teringat, Zombie Kg Pisang & Train To Busan. Haha. Eeii luar kotak pun dah cantik. Siap letak ribbon merah putih lagi. Tersangatlah familiar dengan warna yang ada di box AD ni. Hati hati gais! Ada yang memerhati. Ah macam gitu la kot kan. 

Tak fikir panjang, buka – tangkap gambar – buat entry dalam blog & IG! <3 font=””>3>
Ayah ika cakap ika beli kotak ni. Haha sebab ika rasa mesti dia ingat ika beli sebab cantik sangat. 

Eksited sangat bila parcel ni sampai sebab bila dah ada dekat tangan and depan mata tu. Feel dia lain! Haha. Ika sangat salute dengan kreativiti AD sebab ika sendiri tak mampu nak buat cantik macam ni. Ika tak kreatif sangat pun T.T Okay, let’s go through picture eh. 

Ika puji dari luar kotak sampai ke balutan. Memang cantik. Jadi sayang nak bukak.Rasa nak simpan je tapi kalau simpan macam mana nak tahu dalam tu apa isinya ye dak? 🙂 Dekat kotak siap bagi 3 steps to surviving lagi. Nice. 

Sedap mata memandang!

Terimakasih AD atas semua yang diberi terutama 3 buah buku yang bertajuk Terimakasih Si Babi Hutan, Dari KLCC ke Tanjung Malin & Dari Tanjung Malim ke KLCC. Ketiga tiga buah masih belum dibaca lagi. Ah terimakasih tau. Tau tau je buku apa yang ika tak baca lagi. And bertambahlah list TBR ika. 

Selain dari buku. AD bagi ika sampul yang dia reka sendiri, kacang, mask extender, mask, cermin, pencil case, bookmarks, note book, pencil & container bag. Ini pun dah cukup banyak dah. Perasaan masa buka satu satu barang tu rasa macam harini hari jadi sendiri. I’m happy girl in the world today. 


Semoga AD terus sukses dalam apa saja yang AD lakukan. Doa ika sentiasa yang baik baik buat AD! InshaAllah nanti, kalau ada kelapangan boleh jumpa. Teringin juga nak jumpa blogger lain. AD juga suka membaca buku. So geng buku juga la cumanya AD lebih banyak baca buku BI. Maka tak heran kalau dia punya English power geng hehe. 

BLOG AD: https://www.anakdenesor.com/

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top