Dakwah dan Tabligh

Taklim rumah 30 minit

Pebende tu?

Cari buku yang cerita tentang kelebihan amal (contohnya Fadhilat Amal karya Maulana Zakariya Al-Kandahlawi) atau buku Muntakab Hadith (susunan Maulana Yusof Al-Kandahlawi) dan baca di dalam rumah bersama keluarga setiap hari.

Amalan ni dah lama buat tapi pendek sangat, 5 minit macam tu. Dan selalu juga miss sebab sibuk.

Setelah mesyuarat dengan wife kami azam nak buat 30 minit tiap-tiap hari, insyaAllah. Everyday selepas Isya (except Rabu dan Khamis – lepas maghrib).

Kawan-kawan yang masih blur macam mana ia dilaksanakan, biar aku explain sepintas lalu.

  • Beli buku yang dinyatakan di atas.
  • Mesyuaratkan dengan isteri, bila waktu sesuai untuk buat (waktu sesuai ialah waktu dimana satu keluarga dapat dikumpulkan).
  • Baca buku tersebut ikut bab.
  • Agih-agihkan bacaan supaya dapat cover semua bab dalam kitab tu.
  • Habis baca, tutuplah dengan tasbih kifarah (apa tu? tanya le ustaz)

Persoalannya, kenapa nak buat? Tengok TV, lepak lagi best.

TUJUAN TAKLIM:
Untuk kita mendengar berulang-ulang kali kalamullah dan kalamur rasul kisah-kisah sohabat dan kisah para salafus soleh sehingga Allah taala mengurniakan kepada kita NUR yang akan mendatangkan hidayah sejati, semangat dan kekuatan untuk kita mengamalkan secara sempurna akan perintah-perintah Allah mengikut cara Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Allah dan Rasulnya arahkan kita supaya banyakkan ibadat dalam rumah. Dengan amal ibadat dan dakwah, maka rumah jadi selamat dari gangguan syaitan. Juga, rumahku syurgaku punya konsep dapat terlaksana. Bukannya bertambah amalan lagha (tengok TV, main game etc).

Dipaparkan kat bawah kitab Fadhail Amal dan Muntakhab Hadith (kulit buku mungkin berbeza-beza, tapi carilah yang dikarang/susun oleh Maulana Zakariya dan Maulana Yusuf rah.)



p/s: takde ke videoklip taklim yang buat kat rumah?


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top