Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Harini, rasa nak share sikit mini library dalam bilik ika. Honestly, ika memang ada impian untuk at least ada mini library sendiri dan yang penting selesa dan sedap mata sendiri memandang. Usually, ika akan kerap tukar kedudukan rak buku dalam bilik sebab ika cepat bosan. Paling lama kedudukan bertahan hanyalah 6 bulan. Parah ada habit macam ni. Paling latest mengemas, ambil masa 1 jam. Nak alih rak, buku. Nak tukar itu sana, ini sini lagi. Phew.
Rasanya semua book lover pun impikan benda yang sama. Tak kisah la mini library tu kecil atau besar. Asalkan capai tahap kepuasan diri masing-masing. Perkongsian ni bukanlah niat nak show off. Sekadar entry untuk ika jugak in future andai kata mcm ye la, nak tengok apa yang ika upgrade untuk mini library ni. Korang doakan ika murah rezeki so that, ika mampu untuk nak upgrade mini library ika. Ika plan nak beli kerusi untuk baca buku.
Tema mini library untuk temporary ni ialah black and white.

![]() |
Black section which is sini lah tempat buku-buku random dari pelbagai publisher. Masih banyak lagi dalam wishlist yang tak beli. Kalau untuk section ni, makin berkembang buku-bukunya, tak mustahil untuk ika upgrade section ni dengan rak besar. |
Harap dapat kumpul kesemua buku FIXI. Sebab sebelum ni tak suka baca buku FIXI. Lepas 3 kali percubaan membaca. Baru lah timbul rasa suka & nak jadikan FIXI as one of my collection. Terimakasih dekat Kasihku Amani sebabkan dia la, ika suka dekat buku Fixi semula. Kak Sha kasi ika baca buku Mereka // Ariff Adly. Best. Dan, ika masih dalam proses mengumpul. Setakat ni, ika cuma ada 43 buah. Coming soon lagi 7 buah dan cukuplah 50 buah buku buat masa sekarang.

Dan setelah lama hold centre section ni, ika decide untuk letakkan random stuff yang ika beli sikit-sikit. Asal nampak cantik je beli. Kadang rasa mcm haha no point ada tema. Sebab sendiri main langgar. Tapi apa pun, disebabkan nak sangat karpet bulu-bulu tu, ika beli dekat Kaison. Fluffy sangat. Sayang nak pijak. Haha. If korang nak beli yang size besar pun ada je dekat Kaison. Ikea pun ada mcm-mcm pilihan. Tinggal nak hulur duit bayar je.
And untuk bantal. Ika hanya tukar sarung bantal je. Beli dekat Eco Shop. Serious jimat. Tahu kan yang EcoShop kedai RM2.10? So, ika jimat banyak. Dah la corak cantik. Banyak jugak pilihan. Rambang mata. Sarung bantal ni jenis kain yang sedap. Bukan jenis yang kasar. Setakat ni, inilah pembelian ika yang paling berbaloi ika rasa dekat EcoShop.

Ini half shelf untuk novel pelbagai genre. Messy sikit. Ika cuba nak susun ikut warna tapi nampak warna tak teratur. So, ika biarkan dulu.Nanti ada masa, barulah susun. Banyak cara nak susun buku. Sama ada secara random, by colour, size, publisher, genre, or maybe author. Terpulang dekat masing – masing. Ini serba sedikit hasil kumpul dari zaman sekolah sampailah sekarang. Ini kategori sikit sebab ika pernah nampak ada lagi book lover yang melimpah ruah buku dieorang sampaikan taktahu nak letak mana. Huhu.
Special thanks to my bestfriend, Najwa sebab belikan rak ni untuk ika as a birthday present tahun ni. Of course, ika happy gila. Dari rak kayu dah diupgrade yang ni. Bersyukur sangat. Korang nak tengok ke overall punya mini library?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini overall look. Ika masih cuba untuk penuhi impian ika untuk ada mini library serba putih dan ada my own yellow chair. Dalam bilik, ika cuma dapat bagi sebanyak ini saja ruang untuk buku. Tak besar, tak kecik. Just nice. Yang lain, untuk kegunaan lain pula. Personally suka kumpul physical book, tapi ika pun baca jugak ebook. Agaknya lately ni baca ebook banyak sgt sampaikan buku pun ada beberapa bulan stop beli. Haha.
Itu je yang ika nak share untuk entry kalini. Mini library biasa-biasa saja. Harap dapat lah bagi manfaat utk korang. Mungkin dari segi deco ke, kedudukan ke atau apa apa saja yang korang nak ambil. So, kalau ada apa apa nak tanya, drop comment down below tau. Insha’Allah ika reply except untuk soalan total buku semua ada berapa. If ada juga yang tanya, kemungkinan besar, ika akan kira. HahaSee you in my next entry. Tada.
One of my fav quote:
“Ordinary people have big TVs, Extraordinary people have big libraries”
Please check it out this girl blog to see her cute lil space of library.
Ninihanini

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.