Musik

Terjah blog

Kisah 1:

Kelihatan di dalam masjid, orang yang sangat ramai dari masjid-masjid biasa. Maklumlah, malam perhimpunan mingguan. Ada tazkirah. Aku pun baru je sampai dari Australia beberapa hari lepas. Lama tak duduk dalam suasana beragama macam ni.

“Assalamuallaikum Abang Ben… bila sampai?” seorang kawan berkarier sebagai cikgu menyapa.

*Abang Ben tu nama di blog je, kat luar nama lain.

————————
Kisah 2:

Anak aku Ismail sakit demam. Makan tak mau, takde selera. Aku pun bawa ke klinik. Untuk memujuk dia makan, aku bawa ke KFC. Dapat Kid’s Meal dengan mainan tu kira happy sangat le dah tu.

Selesai makan, aku turun tangga yang kecil. Aku mengecilkan diri kerana ada seorang mamat nak naik ke atas. Dia tersenyum-senyum. Aku membalas senyumannya.

“Assalamuallaikum bang… Abang ni lecturer ye?”

Aku angguk dengan raut muka confuse.

“Saya follow blog abang…”

—————————-
Kisah 3:

Sejuk aircond dalam meeting room ni. Aku dengan beberapa rakan sekerja sedang menunggu bermulanya meeting besar ni. Meeting dengan seorang profesor dari NUS untuk melihat ruang koloborasi antara UTP dan NUS.

Direktor Research Enterprise Office masuk. Nampak aku, dia tersenyum. Lantas memegang bahu aku yang sedang duduk tu dari belakang.

“Bila balik?” Tanyanya.

“Dah sebulan lebih…” jawabku dengan tersenyum.

“My wife itu hari bukak you punya blog… apa nama tu… kren? kren?”

***********

MORALNYA???


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top