Musik

The ABC’s of Punk #26 : Z is for ZERO BOYS

Aku
mula jatuh cinta dengan muzik bising bernama Punk Rock sejak umur aku
16 tahun dan hingga hari ini muzik ni kekal jadi soundtrack hidup aku
sehari-hari. Senarai “ABC’s of Punk” ni bukanlah senarai muktahir untuk
muzik punk, hanya setitik rasa dari lautan genre muzik yang penuh
variasi dengan bands pelbagai aneka. Setiap budak punk ada senarai
tersendiri, cuma citarasa aku lebih ke arah muzik punk yang lebih
hardcore yang mungkin kurang mesra buat telinga pendengar baru. Senarai
ni hanyalah tribute aku kepada piring hitam dan muzik yang bukan saja
jadi peneman masa lapang aku, tapi pencorak identiti dan keperibadian
aku. Aku akhiri senarai ni dengan satu lagi piring hitam band hardcore
dari old school early 80’s US hardcore scene (my favourite stuff)
bernama ZERO BOYS. Tapi jangan hanya stop dengan huruf “Z”, bakar
senarai “ABC’s of Punk” ni dan pergi discover semua punk bands kat luar
sana dan bikin senarai “ABC’s of Punk” kau sendiri! Bak kata legend punk
Kuala Pilah, The Bollocks… VIVA LA PUNK!

Tahun aktif:
1979—1985, 1988—1993

Asal:
Indianapolis, Indiana, US

Stail muzik:
Punk Rock, Hardcore

Influences:
The Germs, The Dictators, The Stooges, MC5

Original line-up (1979):
Vocals – Paul Z Mahern, Guitars – Terry Hollywood, Bass – John Mitchell, Drums – Mark Cutsinger

Album/release paling best & wajib beli/download:
ZERO BOYS — Vicious Circle LP (Nimrod Records, 1981)

Lagu paling gempak:
“Amphetamine Addiction”

Trivia:
Zero Boys punya first 7” EP dari tahun 1980 masuk dalam senarai Top 10
piring hitam hardcore punk paling mahal dalam dunia. Kali terakhir ia
dijual pada bulan Februari tahun ni dengan harga USD1,800 (RM5,850).
Klik link ni untuk tengok piring hitam lain dalam senarai Top 10 ni: http://www.swedishpunkfanzines.com/?page_id=386

FAHMI REZA


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top