Musik

The ABC’s of Punk by Fahmi Reza

Aku mula jatuh cinta dengan muzik bising bernama Punk Rock sejak umur
aku 16 tahun dan hingga hari ini muzik ni kekal jadi soundtrack hidup
aku sehari-hari. Senarai yang aku kongsikan ni bukanlah senarai muktahir
untuk muzik punk, hanya setitik rasa dari lautan genre muzik yang penuh
variasi dengan bands pelbagai aneka. Setiap budak punk ada senarai
tersendiri, cuma citarasa aku lebih ke arah muzik punk yang lebih
hardcore yang mungkin kurang mesra buat telinga pendengar baru. Senarai
ni hanyalah tribute aku kepada piring hitam dan muzik yang bukan saja
jadi peneman masa lapang aku, tapi pencorak identiti dan keperibadian
aku.

“The ABC’s of Punk” ni aku buat khas untuk kongsi 26
piring hitam punk dan hardcore favourite aku oleh 26 bands bermula dari
huruf A sampai Z.

Download mp3 playlist yang memuatkan 26
lagu-lagu paling gempak dari kesemua bands yang masuk dalam senarai “The
ABC’s of Punk” kat sini: http://bit.ly/ABCofPunk

Enjoy!

FAHMI REZA

*artikel ABC of Punk ini akan berlangsung secara harian di KRENMAUT sehingga selesai. Isnin (13 Oktober) mula dengan huruf A. 


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top