Buku

Throwback Aktiviti PKP 2020 – Melukis & Mewarna

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 


Saja la nak refresh balik apa yang ika buat sepanjang PKP 2020 beberapa bulan lepas selain dari baca buku & tengok movie. Ika sebenarnya ada beli sketch book dekat Ninso PKNS Shah Alam. Tak terguna-guna. So, kebetulan MCO. Lama pulak tu kan. So, berbekalkan sketch book tersebut, ika pun melukis la random cartoon. Saja suka-suka. Tak ada basic melukis lansung. Nak buat shadow ke, perfect circle ke memang kirim salam la. Haha. Macam mana boleh terjebak melukis? Sebab teman adik ika buat assignment melukis juga. 

Minat melukis tu memang ada sebab pernah ada hasrat nak lanjutkan pengajian dalam bidang seni lepas sekolah menengah. Tapi, berubah 360 darjah sebab atas nasihat abah. Abah kata ambil business la. Kalau ika nak ambik seni masa tu, kena ambik foundation setahun dulu. So abah berat hati and terus tak kasi ambil. Tak apalah, lagipun siapa kata kalau belajar bidang lain, tak boleh melukis. Jadi, tiada masalah la 🙂 

Yang seronoknya kan bila melukis seronok-seronok ni. Rasa release tension. Sebab kalau melukis ada rupa sikit tu kira nasib baik lah. Tapi, kalau melukis tak menjadi tu la yang kerja dok gelakkan diri sendiri tu. Haha. Tangan hilang satu jari la, kepala besar la, warna lain dari yang asal sebab tak ada pen colour tersebut, colour tak habis sebab malas. Haha so jadi macam tak stress lansung. Enjoy <3 span=””>3>

Cuba korang tengok lukisan yang Monster Inc tu. Dah ada rupa macam Chibi Maruko Chan & Duta Mamee Monster dah. Ini yang kelakar. Belum tengok yang lain. Sama jugak. Tu Si Woody Toy Story tak ada mata sebab mata dia susah wei nak lukis. End up tak payah lukis. Settled satu masalah. Tangan Mario pun nampak pelik & misai dia senget. Tepuk dahi tengok. 

Hm, lepas tu, ika fikir why not ika beli pensel kaler sendiri dan benda-benda lain sendiri. Takkan nak pinjam orang punya kan. Nanti kalau barang orang tu rosak atau habis guna macam mana. So, beli la yang murah-murah dekat Ninso, Eco & Faber Castell. Benda asal ada cukup la. Lepastu, on je la nak melukis & mewarna. Yang penting, mood tu kena selalu on la. Karang, benda dah ada, mood yang tak ada-ada susah jugak. 



Ika ada suarakan dekat husband, yang ika nak belajar kaligrafi, nak buat journal and kalau rasa dah yakin sikit nak melukis dekat atas kanvas. Husband pun okay je. So, lepasni nak beli bahan untuk semua tu pulak. Korang doakan la minat suka-suka ika ni in future mendatangkan keuntungan untuk diri ika sendiri. Mana tahu nanti dah ada anak, bila anak suruh melukis. Ika boleh lukiskan. Haha gituw! 
Nak jadi ibu yang serba boleh! Ibu yang multitasking! Ibu yang kreatif! 


Orang kata, mana tahu lama-lama praktis. Akan asah skill lagi. Usaha nak belajar tu la yang paling penting. Budak-budak sekarang lagi advance melukis. Ika salute orang yang pandai serba serbi dalam bidang seni. Seni tu, memang satu anugerah yang paling besar dan mahal buat seseorang. Hargai dan buatlah perkara yang baik-baik sahaja dalam bidang seni tersebut. Semoga memberi inspirasi buat yang lain. 


Adik ika 2 orang dalam bidang seni. Grafik & Fashion Design. Ika nampak sendiri macam mana dieorang belajar, buat assignment, melukis, mewarna dll. Rasa terpegun. Belum tentu ika dapat buat macam yang dieorang buat. Belum lagi yang guna komputer. Haha. Ini ika guna apakebenda tah dekat komputer untuk melukis tu, mampu lukis orang lidi je dik. Haha. 

Agak-agak dalam 5 bintang. Korang nak bagi lukisan ika berapa bintang? Haha. 


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top