Kulit album yang agak ‘serius’ ini pastinya merisaukan peminat Anthrax. Tiada lagi lukisan komikal seperti album-album sebelumnya. Ada sebab. Anthrax mula mahu meninggalkan imej ‘happy’ yang mereka pelopori dahulu kepada imej yang lebih serius. Dan apakah yang lebih baik dengan memulakannya dengan kulit album yang lebih serius. Lukisan jam itu sendiri memberi maksud bahawa masanya sudah sampai untuk genre muzik baru untuk memerintah dunia (Death Metal). Cerdiknya Anthrax ialah mereka menyedari akan hal ini dan membuang segala ego untuk menuruti gelombang tersebut tanpa melacurkan apa yang mereka percaya selama ini. Penyudahnya, album ini dicalonkan untuk anugerah Grammy (walaupun tidak memenanginya). Lagu-lagunya lebih epik dan pada banyak tempat memperdengarkan elemen progresif dalam susunannya. Namun perubahan ini masih tidak mampu untuk melawan gelombang Death Metal yang datang. Agak menyedihkan juga kerana album ini boleh tahan menarik (hanya jika didengar tanpa prejudis).

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.