Buku

Ulasan Buku – Sebenarnya Ilusi by Paksa Tulis

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Hutang yang menimbun membuatkan Orked terpaksa mengerahkan kudratnya untuk mencari rezeki demi kelansungan hidup & lunaskan hutang. Hidupnya 24 jam hanya kerja kerja & kerja. 

Dan Seth — sejak kejadian hitam ketika dia masih kecil itu. Dia mengalami PTSD. Hidupnya seperti dalam sangkar kerana dia bergelut dengan deting yang sering menganggu kehidupannya. 

Dan kedua-dua mereka ini bertemu sesama mereka–tapi dalam keadaan yang tidak logik ~ Apa akan terjadi seterusnya? 

Perasaan masa baca Sebenarnya Ilusi ni bercampur baur. Semua perasaan tu bila bergabung jadi unknown feeling. Masalah hidup Seth & Orked ni complicated. Tapi apa yang kita suka pasal both of them ialah sikit pun mereka tidak meletakkan ‘sakit’ itu sebagai salah satu cara untuk mereka buat perkara yang memudaratkan diri & bodoh. 

Dalam SI. Kita rasa watak-watak yang ada ‘hidup’. Saling melengkapi. Especially manusia-manusia yang ada disisi Seth & Orked. Seronok tengok friendship dieorang. Bila kita tahu kawan tengah menghadapi kesukaran hidup. 

Bukan dengan cara kita tinggalkan dia terlalu lama untuk bagi dia space. Tapi tetaplah disampingnya untuk jadi pendengar setia & bantu overcome masalah kawan. 

Tapi ada juga few person yang annoying dalam cerita SI ni. Tapi itulah rencah kehidupan. Bukan semua orang tu boleh dijangka perangainya. 

Kita rasa kita dah jumpa antara salah satu bacaan terbaik untuk tahun 2024. Teruskan berkarya akak. 💗✨


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top