Dream Theater

Ulasan: DREAM THEATER Metropolis Pt. 2: Scenes from a Memory

Bosan dengan tindakan syarikat rakaman yang tidak memahami mereka dan cuba menjadi tuan pengarah kepada sesuatu yang tidak mereka fahami, Dream Theater memeberi kata dua: samada kami melalukannya sendiri atau we’re out from here. Syarikat rakaman mengalah. Apa nak katakan pun, album Falling Into Infinity yang cuba dikomersilkan bukan saja dikritik dengan hebat oleh peminatnya, bahkan tidak menambah bilangan peminat pun – commercial failure. Peluang ini tidak dilepaskan dan Dream Theater merilis album yang terbaik selepas Images And Words. Album ini berbentuk album konsep yang mana setiap lagu mempunyai cerita berkait seperti sebuah novel. Rahsia kejayaan album? Lagu yang sedap, gabungan instrumen yang disusun cantik dan atmosphere yang berjaya dinatijahkan. Ada yang mengatakan Jordan Rudess, pemain keyboard memberikan aura yang baik kepada album ini. Mungkin juga. Yang nyata, Dream Theater telah membuktikan kepada syarikat rakaman mereka bahawa membiarkan urusan kepada yang ahlinya, adalah cara yang terbaik. Rilisnya album ini juga menyaksikan Dream Theater menjelajah seluruh dunia dengan menjaja album ini – dimainkan secara keseluruhan album tanpa meninggalkan walau satu lagu. Begitulah yakinnya Dream Theater terhadap album ini dan ini diakui sendiri oleh peminat mereka.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top