Musik

Ulasan: IMMOLATE Confession of the Enchanted/Immolate In The Night Clewoon demo

Setelah beberapa kali mengulangi dengar demo ini dan cuba memahaminya, saya gagal mencari sesuatu yang menyerlah di sini. Saya kira, rilisan demo boleh dimaafkan. Jadi tidak mengapa jika dikritik pada tempatnya yang betul. Pertamanya, kualiti demo ini dicetak di atas CD, seolah-olah master-tape berasal dari salinan mp3. Kedengaran bunyi cymbal yang bleeding. Saya tidak pasti samada pemain drumnya, Barnabaz benar-benar memainkan drum beliau kerana sound drum begitu sintetik. Atau jika beliau memainkannya, studio mana yang bisa membunyikan akustik drum seperti sintetik? Disebalik dari kelemahan produksi yang mungkin boleh dimaafkan, bentuk muzik yang dimainkan Immolate sekadar menambah yang telah memang ada dari Sarawak. Vokalnya bersuara kecil yang diteran – seakan-akan mahu mengikuti gaya Abbath (Immortal) tetapi tanpa efek, drum yang monotonous, riff gitar yang mengekori lenggok Black Death campuran Norway dan Amerika Selatan. Ya, ini pernah didengar, bahkan acapkali. Lirik yang dicetak gagal memberi kesan baik dari segi seni mahupun make sense. Saya fikir mereka harus fokus pada bahagian ini. Meletakkan istilah nusantara seperti Cleewon tetapi blabbering entah apa-apa sudah tentu tidak menaikkan reputasi band ini.

Maklumat terkini sila layari http://www.facebook.com/pages/eastern-voice-production/97443585588


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top