Musik

Ulasan: LAUREN HARRIS Calm Before The Storm CD

Untuk mereka yang tidak kenal siapa LAUREN HARRIS, beliau adalah anak kepada Steve Harris, bassist dan kepala IRON MAIDEN. Bapa borek anak rintik.

Dalam kempen Somewhere Back On Tour yang lepas, LAUREN HARRIS menjadi band opening untuk IRON MAIDEN. Mana lagi tempat yang sesuai untuk kick-off karier muzik selain dari menjadi opening band kepada sebuah band gergasi yang mempunyai peminat yang fanatik? Cuma pastinya ada bisik-bisik, kronism dan nepotism. Macam politik juga. Ah, apa kira!

CD ini pun dibeli ketika menonton tour IRON MAIDEN di New Zealand beberapa bulan lepas. Andaikata tidak, kemungkinan CD ini tidak dibeli, bukan sekarang, mungkin akan datang (pasti akan dicari tapi tidak mendesak).

Jarak masa yang lama yang diambil untuk membuat ulasan tentang CD ini dari tarikh belian juga memberi first impression, bukan? Ianya tidak mendesak. Bukan sesuatu yang aku kelam kabut mahu katakan, ayuh beli sekarang!

LAUREN HARRIS tidak menjejaki bapanya dalam bentuk muzik walaupun ada persamaan pada asasnya. IRON MAIDEN dengan progresif Heavy Metal sedangkan LAUREN HARRIS ialah straight-out hard rock. Mungkin pengaruh asalnya pun sudah berbeza, Lita Ford, Doro Pesch etc. Aku kata, go girls!

Untuk mereka yang mencari sesuatu yang berat dan keras mungkin tidak akan menjumpainya dalam album ini. Sebaliknya jika anda mahukan feel good hard rock, dengan lirik ‘beremosi’ i.e. perasaan cinta, haru, suka, duka; ini sajian untuk anda. Apa nak kata, jiwa bukan selalu kental. Kadang-kadang melayan perasaan pun OK juga.

Keputusannya? Kerana adanya link dengan IRON MAIDEN, sudah tentu aku akan memberi peluang kepada album seterusnya. Dari apa yang didengar semasa tour, LAUREN HARRIS mendendangkan beberapa buah lagu baru untuk album kedua, bunyinya agak bagus dan perlu diberi peluang kedua. Takpe, untukmu Lauren, 47 kali peluang pun akan aku berikan.

  1. *Steal Your Fire – 4:31
  2. Your Turn – 3:41
  3. Get Over It – 3:49
  4. Like It or Not – 3:28
  5. *From the Bottom to the Top – 3:41
  6. Let Us Be – 3:53
  7. Hurry Up – 4:18
  8. *Come on Over – 4:09
  9. Hit or Miss – 3:54
  10. See Through – 3:43
  11. You Say – 4:30
  12. *Natural Thing (Bonus Track) – 3:23

Also Included – Lauren Harris Video Showreel:

  • Featuring Steal Your Fire, Let Us Be and Your Turn Live and Promo Footage

* Steve Harris on bass


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top