Megadeth

Ulasan: MEGADETH Capitol Punishments CD

MEGADETH Capitol Punishment CD. Album kompilasi tapi ada beberapa keistimewaannya. Lagu eksklusif-untuk-kompilasi-ini,
Kill the King. Lagu Dread and the Fugitive Mind sebelum ia dimasukkan
ke dalam album seterusnya The World Needs a Hero. Dan lagu “tersembunyi”
Capitol Punishment, iaitu lagu medley lagu-lagu Megadeth pada track 14
selepas lagu Peace Sells.  

Nampak sangat kompilasi ini dibuat dengan sambil lewa dengan hanya 14 buah lagu. Kurang-kurang mau double-CD. Tapi kita faham dengan pe’el syarikat rakaman, selagi boleh rilis, mereka akan rilis. Kita juga faham pe’el peminat tegar, selagi ada rilis, mereka akan beli. Win-win situation ke win-lose situation? Tak kisahlah, kerana strategi letak satu lagu non-album Kill The King ini sudah cukup membuatkan peminat tegar dan semi-tegar menyambarnya. Selain itu saya menyukai artwork album ini.

Juga perasan tak tajuknya Capitol Punishment? Capitol tu label Megadeth yang memaksa Megadeth merilis kompilasi ini hahaha… Bab troll ni, saya rasa Abang Mus adalah pelopor sebelum ada internet lagi. Sejarah beliau troll orang lain (terutama Metallica) telah dilakukan seawal tahun 1983-84, setelah beliau kena tendang atas sebab penyalahgunaan (?) alkohol dan kelakuan (?) ganas.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top