
Asalnya dengar nama MR BUNGLE dari lagu SACRED REICH, lagu 31 Flavors dalam album The American Way. Lama dah dengar tu, masa album The American Way keluar tahun 1990. Tetapi tidak berkesempatan nak dengar. Hati tetap ada curious.
Mr. Bungle
is so very cool
so don’t be
an ignorant fool
there’s so much music
for you to choose
so don’t just be
a metal dude
it’s cool fool – (31 Flavors)
Akhirnya, dapat beli. Bila google, rupa-rupanya band lama Mike Patton (FAITH NO MORE). Memang betul seperti yang dikatakan oleh SACRED REICH, anda kena betul open-minded untuk menerima MR BUNGLE. Zaman dulu, open-minded adalah sesuatu taboo, apatah lagi bila serangan Black Metal Norway melanda minda mat metal kental.
Album ini adalah album pertama. Namun begitu, band ini sudah wujud sejak 1985 dengan rilisan beberapa demo. SACRED REICH meletakkan lirik ini pada album mereka tahun 1990 sedangkan album pertama MR BUNGLE ini rilis tahun 1991. Ini menunjukkan bahawa MR BUNGLE sudah dikenali sebelum album pertama ini diriliskan. Belum ada album sudah begitu influential.
Kedengaran di dalam album ini adalah sebuah album rock eksperimental. Tiada definisi tertentu. Ianya berat namun disaluti dengan huru hara, elemen terkejut, melankoli, lawak dan apa saja yang terlintas ketika setiap lagu dicipta. Walaupun kedengaran rojak tetapi saya percaya, ia dibina di atas struktur melodi yang dirintis lebih awal. A planned and well-thought album, walaupun kritik mengatakan album ini sebagai “dizzying, disconcerting, schizophrenic tour through just about any rock
style the group can think of, hopping from genre to genre without any
apparent rhyme or reason, and sometimes doing so several times in the
same song.”
Atas sebab ini saya lebih tabik hormat kepada Mike Patton (beliau menggunakan nama pena, Vlad Drac dalam album ini). Saya hanya mengenali beliau melalui FAITH NO MORE, itupun dari satu album hits beliau, The Real Thing. Album ini membuka minda saya kepada muzik yang merentas dimensi ruang dan masa. Oleh itu, album ini bukan untuk semua untuk faham dan hadam. Jika tiada asas, maka mudah untuk pening dan merungut tak puashati. Lebih kurang macam menonton filem Interstellar.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.