
Album ini mengejutkan ramai orang kerana sebagai band pioneer dalam muzik grindcore, album ketiga ini seolah-olah meninggalkan apa yang mereka cipta. Sebenarnya tidak. apa yang mereka lakukan ialah menggabungkan dua muzik ekstrim ketika itu; grindcore dan death metal dalam satu. Yang dipertikaikan mungkin album Altars of Madness (Morbid Angel) telah diriliskan 1989, setahun lebih awal yang dilihat sebagai album pertama yang menggabungkan kedua-dua muzik tersebut. Ini sebenarnya tidak boleh dielakkan akibat teknologi ketika itu tidak memungkinkan muzik grindcore diterokai lebih dari apa yang ada. Lagipun jika kita memperincikan kedua-dua album ini, memang terselah bezanya terutama dari segi feel, produksi dan intipatinya yang agak melarat untuk diperbincangkan. Album dimulakan dengan intro sebelum lagu Vision Conquest yang meremangkan bulu roma dan lagu itu sendiri menjadi abstrak kepada apa yang akan disajikan seterusnya; grindcore dan death metal yang digabungkan secara fundamental yang memberi ruang kepada band lain untuk meneroka ruang yang baru. Namun tiada siapa yang boleh menafikan tarikan lagu Unfit Earth, Mind Snare dan Suffer The Children yang selamanya menjadi lagu klasik Napalm Death. Dan Napalm Death itu sendiri masih kekal hingga ke hari ini, 22 tahun selepas Harmony Corruption.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.