Musik

Ulasan: OUTLAW ORDER Dragging Down the Enforcer CD

Outlaw Order adalah gabungan pemuzik dari beberapa band; Eyehategod, Crowbar, Soilent Green dan lain-lain. Apa yang menyatukan mereka? Mereka semua ada kes polis – dalam probation – atas pelbagai jenis jenayah. Keluarnya salah seorang anggotanya, Mark Schultz pun bukan kerana menyampah dengan band tetapi kerana beliau disumbatkan di dalam penjara. Hahaha…

Maka tak hairan, EP sebelum album ini diberi tajuk Legalize Crime. Hahaha…

Liriknya bolehlah dikatakan sebagai ringan sikit dari Cannibal Corpse. Cuma berbeza dengan Cannibal Corpse yang memang tak pernah bunuh orang, Outlaw Order memang golongan outlaw. Maka hujah Cannibal Corpse yang mengatakan lirik mereka sebagai hiburan saja mungkin tidak kena dengan Outlaw Order. Sebab memang mereka kotakan (atau pernah melakukannya).

Muziknya sludge.Gitar fuzz pada tali nada rendah. Vokalnya umpama penyanyi crust + Death Metal. Riff gitarnya simple kerana mementingkan nada deruman yang rendah. Kepentingan riff seperti yang telah dipelopori oleh Tony Iommi memang dijadikan falsafah utama mereka.

Penghakimannya? Bolehlah…

1. Intro 00:56
2. Relive the Crime 02:56
3. Safety Off 03:47
4. Double Barrel Solves Everything 02:47
5. Alcohol Tobacco Firearms 02:53
6. Mercy Shot 02:32
7. Narco-Terroristos 02:07
8. Siege Mentality 02:24
9. Walking Papers 03:03
10. Dragging Down the Enforcer 02:56
11. Outro 00:55
Total playing time 27:16

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top