Musik

Ulasan: SLAYER Undisputed Attitude

Bagi mereka yang masih meragui ke-punk-an Slayer, nampaknya album ini menjelaskan segala-galanya dengan sejelas-jelasnya. Sebuah album cover yang mana Slayer memainkan lagu-lagu dari band punk sahaja. Tidaklah Slayer pernah merilis album cover yang Metal. Dan ini menguatkan keyakinan mereka bahawa Slayer sememangnya band punk bertopengkan Metal dan ini akan diteruskan untuk album-album selepasnya. Tumbukan punk yang keras dicampur dengan keganasan kemas sonik Metal = kombinasi muzik ekstrim terbaik. Ini kemudiannya diaplikasikan oleh band Black Metal di kemudian hari bermula dengan album Darkthrone – The Cult Is Alive. Slayer seolah-olah memperbaiki dua genre tersebut: kelonggaran muzikal punk diperkemaskan sedangkan melodi Metal yang selalu meleweh, dipertajamkan. Mungkin untuk mengumpan peminat mereka yang Metal 100%, lagu original Gemini yang diselitkan bersama di dalam album ini memang 100% Metal bunyinya.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top