
Stereophonics bukanlah nama yang asing. Mat Metal yang tegar pun mesti pernah mendengar namanya disebut, ataupun sekurang-kurangnya tau, ini adalah satu band yang agak berjaya. Memang sejarah telah membuktikan dengan 5 buah album sebelumnya telah memasuki carta teratas UK.
Peminatnya meminati Stereophonics di atas sebab suara vokalisnya Kelly Jones, yang gemersik dan berdiri di tengah antara dewasa dan remaja. Suara yang boleh melemahkan si dara yang mendengarnya dan juga lelaki yang mencemburuinya. Ditambah dengan variasi lagu dari pop rock, alternatif, balada hinggalah grunge yang dibentang sebegitu rupa supaya ianya masih didengar sebagai Stereophonics.
Album ini adalah album ketujuh mereka. Walaupun masih fokus dan konsisten namun nasib kurang menyebelahi mereka kerana inilah antara album yang tidak menduduki carta UK. Mengapa? Sukar hendak dicari sebabnya. Sesetengah pengulas mengatakan bahawa album ini terlalu fokus seolah-olah tiada apa pembaharuan/kejutan dari album sebelumnya. Ada juga yang ekstrim hingga menafikan kemungkinan album ini dapat merekrut peminat yang baru.
Bagaimana mungkin album ini gagal merekrut peminat baru? Saya tidak jumpa sebabnya.
Disebalik kritikan dan kegagalan album ini menduduki carta UK, album ini masih lagi dikategorikan dalam album yang baik. Variasi rentak sangat jelas, seperti lagu upbeat She’s Alright, Innocent (O.A.G-liked backing vocals); pop-punk rock seperti lagu Trouble dan I Got Your Number, balada dalam lagu Could You Be The One dan Show Me How. Dan ia disusun dengan baik sekali. Jadi kenapa album ini tidak berjaya seperti album sebelumnya, itulah yang dikatakan, rezeki sudah tiada, nak buat macamana?
All lyrics written by Kelly Jones; all music composed by Stereophonics.
1. “She’s Alright” – 3:27
2. “Innocent” – 3:41
3. “Beerbottle” – 3:54
4. “Trouble” – 3:04
5. “Could You Be the One?” – 3:52
6. “I Got Your Number” – 3:22
7. “Uppercut” – 4:16
8. “Live ‘n’ Love” – 3:45
9. “100mph” – 4:15
10. “Wonder” – 3:44
11. “Stuck In A Rut” – 3:07
12. “Show Me How” – 4:42
——————————-
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.