Musik

Ulasan: TAIO CRUZ Rokstarr CD

Aku cuba mahu berasional dengan rilisan sebegini.

Nyata, bukan mudah.

Bersalahan dengan populariti album ini, dengan tangga carta yang tinggi di kebanyakan negara terutama pada singles Break Your Heart dan Dirty Picture, aku masih tidak dapat menahan diri dari mengerut dahi mendengar suara beliau yang disadur dengan bunyian elektronik; menjadikan vokalnya seperti satu robot di dalam filem sains fiksyen tahun 70an.

Istilah rockstar juga sekarang boleh diwarisi oleh semua artis; termasuklah ini. Definisi rockstar seperti yang kita fahami selama ini, sekarang sudah mula berubah? Mungkin bukan kerana muziknya tetapi gaya hidup?

Muzik urban untuk mereka yang biasa melepak di kompleks membeli belah ternama. Kalau zaman aku dulu, di Bukit Bintang, sekarang aku tak pasti. Yang nyata aliran muzik sebegini sudah memang ada sejak dulu lagi dan terbukti formula sebegini masih diminati ramai. Tambahan dengan tagline – sex sells!

——————————-
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top