
TORCH memang sudah dikenali dengan rilisan eccentric mereka; minimalis tetapi pada masa yang sama cuba mencucuk beberapa idea baharu yang berbentuk nusantara. Mereka juga dikenali sebagai sebuah band yang pro-Iron Maiden. Album ini mempunyai kedua-duanya. Minimalis dari segi produksi dan ini perlu dibiasakan oleh pendengar baru. Idea baru yang dicucuk ialah gaya nyanyian dengan loghat Raub pekat dan hampir kesemuanya berbentuk nasihat – dengan kata lain, nasyid Metal seperti yang pernah saya slogankan satu masa dahulu. Ini adalah langkah yang bijak kerana loghat Raub adalah satu yang original dan tak pernah dibuat orang – bayangkan jikalau komuniti Raub terpikat dengan Torch, tidakkah mereka akan menjadi selebriti Raub. Penggunaan loghat tempatan dalam muzik bukanlah asing jika anda biasa ke Sabah dan Sarawak. Dari segi muzik, ia adalah garapan bersama jalur melodi Iron Maiden dan juga muzik Heavy Metal tipikal. Walaupun begitu, liriknya sangat memberi kesan, atau sekurang-kurangnya membuatkan kita berdikir sejenak. Dari band mana lagi yang anda akan jumpa lirik sebegini,
“Umor keh doh empek puloh
Nadi doh makir lemoh
Entoh esok entoh luse
Keh pegi ngadak Yar Esa”

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






