Fikir random mingguan

Beberapa fikiran rawak isu semasa

1. Isu remaja 14 tahun kawin masuk paper itu hari. Sibuk dalam media macam-macam pihak tanya pasal hak itu hak ini, larat ke budak tu jadi isteri dan belajar etc. Ada dalam facebook kata apa bezanya kawin umur tu dengan menjadikan budak tu pornstar kecil! Pada aku, dari remaja tu yang nak kawin tak dikawinkan seterusnya buat aksi atas katil keluar baby yang dibuang – maka 45,000 kali lebih baik dia kawin. Aku tak kata semua budak umur macam tu patut kawin tapi bukankah Mahkamah Syariah dah bagi kebenaran? Agak-agaknya berapa ribu kes macam tu yang Mahkamah Syariah bagi kelulusan? Aku rasa tak banyak sebab mereka pun faham undang-undang dan keadaan semasa. Kesimpulan – aku setuju dia kawin.

2. Tadi dapat forwarded email video-cam sorok tentang seorang amah yang memandikan baby baru belajar berjalan. Rasa nak mengalir air mata. Amah tu gosok badan dengan tapak kaki dia. Kemudian tarik kepala pakai rambut. Tuang air dalam mulut. Simbah air kat muka dengan kasar. Baby tu menangis je dan nak capai amah tu ingatkan amah tu protector dia padahal dia yang menyeksa. Sedih…. sungguh sedih. Berapa ribu keluarga yang pakai amah dan persoalan besar ialah macamana kita nak tau cara jagaan amah pada anak-anak sedangkan kita takde di rumah? Moga anak-anak aku dapat kenang jasa ibunya yang ada degree ekonomi UKM tapi mengambil keputusan untuk duduk di rumah jaga mereka. Pengorbanan yang sangat besar tu (pengorbanan ribuan ringgit sebulan).


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top