Malaysiana

Bersekolah di rumah

Seperti yang dilaporkan dalam NST (8 Ogos 2011 – m/s 17 Spotlight).

Semakin ramai yang mengikuti trend ini sehingga tertubuhnya The Grace Homeschooling Resource Centre. Antara sebab utama ialah ibubapa yang sudah hilang keyakinan terhadap sistem pendidikan yang sedia ada. Sebab lain ialah untuk menjadikan pendidikan lebih bersifat holistik. Albert Einstein, Sir Isaac Newton, Florence Nightingale dan Charles Dickens adalah antara nama-nama besar yang bersekolah di rumah.

Kontra kepada ini adalah Educational Act 1996 yang menyebabkan sekolah di rumah ini sebagai illegal (haram – boleh didakwa di mahkamah). Namun ada pengecualian kepada ibubapa yang memohon. Dengan lain perkataan, ianya bukan hak tetapi kelebihan.

Sekolah adalah wajib sehingga umur 12 tahun.

Aku pernah dengar beberapa orang yang disekolahkan sendiri oleh ibubapanya. Salah seorang yang agak terkenal di kalangan golongan agamawan ialah anak-anak kepada Maulana Asri dari Darul Kautsar (Kelantan). Setakat yang aku tahu, seorang anaknya juga menjadi Ustaz yang mengikut jejak langkah bapanya.

Ada berani?


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top