Oh ya, InshaAllah kalau tiada apa apa, upcoming review ialah buku dari Syu juga bertajuk Aku Ada. Lepas dah baca JA terus grab semua buku Syu. Tamak kan? Tapi puas sebab lepasni kalau nak baca dah tak payah nak kena tunggu. Terus grab dekat rak saja. Ah, memang suka justify apa yang dibeli supaya tidak ada rasa pembaziran haha.
![]() |
Ingat lagi, lepas balik kerja terus ke Chapter One di Star Avenue untuk beli buku Syu ni. Tepuk tangan dengan effort diri sendiri. Cover buku dia sesuatu sangat. Misteri gitu! |
![]() |
Sinopsis Jagakan Aku. Source: Goodreads. |
Source: Google |
Secara peribadi, ika merasakan bahawa Jagakan Aku ini ceritanya berat. Bukan bahan bacaan santai yang boleh kalian flip flip page. Bila cerita berat, kita perlukan konsentrasi yang lebih banyak kerana takut akan lost di mana-mana bahagian dalam cerita ini. Novelnya agak tebal. Dan dengan ketebalan sedemikian kita akan disajikan dengan cerita Ana Zahirah yang menjadi buruan Devil Angel. Paling berdebar bila kita tahu yang Dr Ana Zahirah ini sentiasa dalam keadaan bahaya dan paling utama dia akan selamat tak dihujung cerita. Dan turut diselitkan dengan watak hero seperti Asp Aydin yang sentiasa ada untuk sama-sama membantu Zahirah.
Penulis selitkan juga watak tambahan agar kita sebagai pembaca dapat menuduh siapakah Devil Angel yang dicari-cari. Rata-rata yang membaca mengatakan bahwa mereka semua salah meneka termasuk la ika. Ika sendiri salah meneka kerana obviously, ika akan tuduh orang yang rapat dengan Ana Zahirah. Yang kerap akan muncul depan Ana Zahirah setelah Ana Zahirah terserempak dengan Devil Angel. See? Takkan la tak rasa nak tuduh haha. Dalam masa yang sama, ika seronok baca JA bila ASP Aydin & Muzzafar berganding bahu menyelesaikan kes. Macam baca buku Detective Conan.
Storyline yang agak menarik untuk dibaca kerana dari awal penulis dah belanja sikit dari sudutan mengenai apa yang Ana Zahirah nampak Devil Angel buat dekat seorang mangsanya ketika hujan. Vibes kdrama yang bertemakan misteri ada dalam Jagakan Aku. Ika sebenarnya okay dengan penggunaan ayat dan dialog dari penulis. Tak rasa kekok untuk dibaca.
![]() |
Alamak, kita baru tahu muka Syu Ariani macam ni. Macam muka Janna Nick versi berhijab Cantiknya. |
Cuma jujur memang ada terlost sana sini sedikit and kena baca semula dari part yang lost. Itulah banyak main lagi. Watak Ana & Aydin macam kadangkala ada chemistry, kadang tiada huu. Rasa macam ada something wrong somewhere. Susah nak describe dengan perkataan tetapi watak mereka seolah-oleh seperti dipaksa terpaksa. Tapi, tidaklah ika kata yang ika tak suka dengan mereka. Suka cuma ada sedikit kurang.
Jangan risau. At the end of the day, setiap persoalan yang penulis selit akan terjawab juga. Siapakah Devil Angel? . Kenapa Ana Zahirah? Apa punca yang membuatkan Devil Angel tekad untuk membunuh? Ana Zahirah end up nanti dengan siapa?. Macam-macam lagi persoalan akan terjawab. Yang paling penting, novel Jagakan Aku tetap mempunyai keistimewaan tersendiri dan masih ada nilai-nilai yang boleh kita ambil di dalam cerita ini.
Source: Syu Ariani’s Picture. Cuba tengok buku-buku Syu. Tempting sangat. Lepas ni review buku Aku Ada menyusul. |
Syu, ini baru buku pertama ika baca. Maka, first impression ika mungkin berbeda dengan pembaca lain. Tunggu review Aku Ada tau! Kbye.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.