Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
“Sebenarnya Matematik itu mudah dan menyeronokkan”
Siapa sini ada masalah dengan subjek Matematik?. Kiranya dia ada hubungan lovehate relationship dengan subjek tersebut. Angkat tangan please 🤚🏻 Kehidupan seharian kita memang memerlukan kita untuk sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan pengiraan. Ika teringat masa zaman sekolah dulu. Subjek Matematik bukan subjek kesukaan ika. Ika sentiasa ada mindset yang kira-kira itu susah.
Miss Genius Matematik ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Lily. Dia baru sahaja pindah ke sekolah baru dan ditempatkan di kelas 4D. Perwatakan sombong Lily bersebab itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sekelasnya dan dia dijadikan bahan gosip beberapa orang pelajar. Namun, perkara itu tidak berlarutan. Hubungan baik mula terjalin apabila rakan sekelas Lily tahu yang Lily sangat pandai dalam subjek Matematik dan Lily dengan baik hati ingin membantu mereka untuk subjek itu.
Namun, Lily juga ada kelemahan. Untuk subjek yang lain, dia tidak mendapat markah sebaik subjek Matematik dan tekanan dari ayahnya membuatkan Lily bertindak jauh sehinggakan dirinya dalam masalah besar. Apa yang terjadi sebenarnya?

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.