Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ini merupakan kali ketiga ika berpeluang untuk join blogtwit tour bersama dengan Untitled. Sebelum ini seperti yang ika pernah beritahu dalam previous post. Ika pernah collabarate untuk Sinarut 1994 & Magnolia 1976. Untuk bulan ni, ika akan baca buku baru dari FIXI yang bertajuk Philanthropists dari Rozlan Mohd Noor. Tujuan utama ika apply untuk baca buku ni sebab ika aim tahun ni at least nak baca 3 buah buku English. At least. Dan juga penulis bernama Rozlan Mohd Noor ni, ika familiar dengan nama beliau tapi tak pernah lansung baca karya dia. Hanya dengar ura ura yang karya beliau memang best!
Tapi, sebelum itu. Review ini akan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Nanti, ika akan update semula dengan Bahasa Inggeris. Kira review ini akan jadi dwibahasa. 🙂

Penulis: Mazlan Mohd Noor
Penerbit: FIXI
Mukasurat: 301 muka surat
Format: Paperback
Genre: Jenayah & Penyiasatan
Harga: RM 16.90
Mengisahkan tentang dua lelaki yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Sentul. Dengan kesan tembakan dan boleh dikatakan pembunuh tidak meninggalkan banyak petunjuk untuk dikesan. Yang menjadi misterinya apabila pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan dadah. Namun mengapakah tempat persembunyian dadah tidak disentuh? Dan masih terdapat juga misteri yang lain.
Dalam menangani kes itu, Inspektor Mazlan Latif dan Detektif Sarjan Jihan Kamaruddin dari Penyiasatan Khas (D9) menghadapi rintangan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di seluruh negara. Ianay menyekat pergerakan mereka untuk mencari lebih banyak petunjuk. Atau sebenarnya mungkinkah pembunuh tersebut dekat sahaja dengan mereka?
Siapa yang minat cerita penyiasat polis. Ini khas buat kalian semua. Kalian akan dibawa menyelusuri penggembaraan dalam menyelesaikan jenayah besar di Malaysia.Cerita ini terasa dekat kerana kita tahu cerita yang ditulis penulis itu berlatarkan negara kita. Jangan sangka dunia dan tugas polis ini senang. Risikonya tetap ada di mana mana saja yang mereka ada. Tahniah buat penulis kerana berjaya menulis cerita ini dengan sangat baik dan kalian boleh dapatkan terus kesemua karyanya. Worth it!
Penulis juga ada menyelitkan tentang pe’el orang kita di Malaysia ini. Yang memang betul sama sekali apa yang diperkatakan nya di dalam bahagian pertama buku ini. Tentang orang kita yang suka berkumpul di tempat berlakunya kemalangan. Membuatkan keadaan disitu sesak dan kehadiran mereka yang sekadar melihat itu tidak membantu pihak polis.
Cumanya, ika ada juga macam blur sikit dengan pangkat yang ada dalam unit polis dan juga term-term yang mereka gunakan. Namun, ika rasa itu bukanlah penghalang untuk ika tidak habiskan buku ini.
Congrats again untuk penulis Rozlan Mohd Noor! Semoga terus berkarya dan hasilkan karya yang menarik lagi.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






