Satu hari Ah Keong nak upgrade sistem dia, aku pun borong la ARCAM 5 integrated amp dan MARANTZ CD63 MKII dia. Tak lama kemudian untuk melengkapkan sistem tu, aku beli TANNOY bookshelf speakers (tak ingat dah model apa). Namun sebelum aku berhijrah ke Australia ni, sistem tu aku let go.
Then semangat berkobar-kobar pulak nengok kat sini sistem audio yang 2nd murah-murah (berbanding kat Malaysia). Dan range pun banyak. So sebab tu tahun lepas aku beli ROTEL turntable.
Lepas tu berkubur balik hahaha…
Beberapa minggu lepas timbul balik. Sebabnya kat Sunday market ni ada sorang pakcik tua ni dok jual audio sistem ni. Macamana aku boleh perasan pun tak ingat. Dia dah lama situ ke? Atau baru je? Anyway, bila aku dok rapat kat booth dia, wow… yang dia jual bukan barang-barang cikai pun. Branded punya. Maksud aku, brand yang tersohor juga dalam arena audio sistem nih.
Cumanya, barang lama je la. Apa ada hal kan? Duit pun takde 😉 Aku pun dah berkira-kira ni. Best ni….!
So setelah mencongak, mengira duit syiling dalam tabung dan check weather aku pun buat keputusan. Kalau pakcik tu ada minggu ni, aku sapu. Tak kira. Do or die punya mission.
Memang pakcik tu ada pun hari ni. Dan bertambah pulak koleksi dia nak jual. Ada dua amp dan 3 CD player. Amp klasik Technic dan Sherwood (dua-dua dengan AM/FM tuner), CD player Yamaha (5 discs changer), Sony dan CDC.
Spesifik minggu ni aku bawak CD IRON MAIDEN Somewhere In Time (enhanced) dan Flight 666 untuk test. First, aku takut CD player tu jenis lama tak boleh main CD yang enhanced dan baru dan kedua nak test sound la.
Hehehe… bayangkan tengah-tengah pasar aku try CD IRON MAIDEN. Aku increase volume, pakcik tu decrease volume. Hmmm….
Agak dalam 20 minit test, main-main dengan kombinasi CD player dan amp dan menggodek punat-punat dan tombol-tombol, aku beli CD player Sony dan Sherwood amp with AM/FM tuner. Sebab? CD player Sony ada remote dan Sherwood amp tu nampak baru sikit dari Technic (walaupun dua-dua tu aku ingat baya-baya adik aku hehehe…). Nevertheless, aku membayar dengan gembira, $10 untuk CD player dan $70 untuk amp + tuner.
Problemnya, speaker takde. Speaker takde maknanya tak leh dengar lagi la. Takpe, headphone aku ada. Boleh test kat rumah.
Aku cakap kat pakcik tu, jual la speaker yang dia display tu. Dia kata, kalau aku jual, camana aku nak demo barang lain. Ye tak ye jugak. Minggu depan carikan aku speaker boleh? Dia tanya, tinggi mana nak (sambil dia adjust tangan dia turun naik). Camni ke camni? Aku cakap bookshelf je. OK, aku try cari jawab pakcik tu.
Dapatkah pakcik tu mendapatkan sepasang speaker untuk aku? Kena tunggu minggu depan!




Ketika entry ini ditulis, aku sedang mendengar IRON MAIDEN Flight 666 LP!
Senarai sistem audio:
SONY CDP 590 CD player
SHERWOOD AD200B intergrated amplifier
SHERWOOD TD 1120 AM/FM tuner
ROTEL RP830 Turntable
BEHRINGER HPS5000 Headphone

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






