Hidup di Adelaide

Buku baru sampai (order dari Malaysia)

Buku-buku yang diorder dari Malaysia baru je sampai. Sampai in 7 days. Tak tau bila nak khatam. Slow-slow kata orang. Yang ni order dari sini http://galeriniaga.blogspot.com. Ada lagi satu pakej dari penjual yang berbeza tapi tak sampai-sampai lagi. Actually, belum diposkan pun sebab buku yang diorder telah kehabisan stok dan menunggu stok baru sampai.

Masa kat Malaysia dulu ada sekali aku demam beli buku agama ni. Dapat gaji je beli yang jilid-jilid. Antara lain, Sahih Bukhari, Al-Umm, Tafsir Ibnu Kathir, Hayatus Sahabah etc. Demam tu datang balik sekarang ni hehehe…

Nanti aku review la buku-buku ni bila dah khatam. Sekali sekala ulas buku apa salahnya ye tak? Asyik ulas CD je… ubah angin sikit time Ramadan ni.

WUDUK DAN SOLAT MENURUT SUNNAH DAN MAZHAB SYAFIE
Penulis: Abu Ruwais asy-Syubrawi
Terbitan: Karya Bestari
Harga: RM19.90

Sifat Solat Nabi (Edisi Revisi)
Penulis: Sheikh al-Alamah al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani
Terbitan: Media Hidayah
Harga: RM15.00

Ensiklopedi Tarjih (Masalah Thaharah dan Solat)
Penulis: Sheikh Dr. Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul
Terbitan: Darus Sunnah
Harga: RM45

Sikap Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Terhadap Pemerintah
Penulis: Ustaz Rasul Bin Dahri
Terbitan:Jahabersa
Harga:RM12.00

BAHAYA TARIKAT SUFI/TASAWUF TERHADAP MASYARAKAT
Penulis:Ust. Rasul Bin Dahri
Terbitan:Jahabersa
Harga:RM9.50

SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU (NABI S.A.W.) BERSOLAT
Penulis: Ust. Rasul Bin Dahri
Terbitan: Syarikat Ummul Qura SDN. BHD.
Harga: RM8.90

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top