Malaysiana

Derma

Gambar sekadar hiasan
 
Beberapa hari lepas ada seorang wanita warga asing bersama anak kecil ketuk pintu setiap rumah di kawasan kami meminta derma. Isteri saya telah berikan RM5 atas dasar kasihan. Dalam taman kami mungkin ada 200 buah rumah. Jika 100 buah rumah beri RM5 maka beliau akan dapat RM500 dalam beberapa jam.
 
Sekadar cadangan.
 
Saya syorkan bagi golongan yang memerlukan wang (contohnya, anak perlu buat pembedahan bernilai RM50K) untuk bergerak seperti wanita di atas.
 
Ini adalah kerana pendedahan melalui akhbar, tv dan viral media sosial bersifat sementara dan kurang berkesan.
 
Jika pergerakan berlaku dari rumah ke rumah, ia lebih berkesan kerana berjumpa terus dengan golongan potensi yang dapat memberi duit. Kadang2 golongan potensi ini membaca berita di internet dalam keadaan dia tak sedia nak memberi (menangguh) dan seterusnya lupa. Tapi bila berjumpa terus, pasti paling tidak RM5 akan dikeluarkan. Bahkan mungkin ada yang mahu menghulur lebih dari itu, on the spot.
 
Dengan wanita asing itupun timbul rasa kasihan, apatah lagi golongan rakyat yang benar2 memerlukannya.
 
Sekadar cadangan. Boleh dikemaskini dan diperbaiki.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top