
Bloggers ni sebenarnya menulis untuk orang lain – pembacanya.
Kalau dia menulis untuk diri sendiri, jadilah diari yang disimpan baik bawah laci.
Tetapi, bloggers menulis dengan harapan ada orang yang membaca blog beliau.
Sebanyak mana orang yang membaca (rujuk pada jumlah kedatangan harian), sebanyak itulah semangat blogger berkenaan.
Cumanya blog ni ada ribu-ribu kat Malaysia ni aje. Mana satu nak baca?
Ada blog memasak, blog rumahtangga, blog kucing, blog gosip artis, blog download free mp3 (yang sebenarnya tak free) dan macam-macam blog lagi.
———-
Seseorang blog yang mula menulis blog dengan semangat, akan berharap selepas beberapa entry – ratusan bahkan ribuan yang berebut-rebut datang masuk melayari blog beliau sampai sesak laluan internet.
Tak kiralah, apa saja konsep blog tersebut.
Termasuklah blog Mat Metal.
Tapi dah 7-8 bulan blogging, yang datang banyak itu la jugak. Muka itu la jugak. Walhal blog lain, sekali entry sampai puluh-puluh komen dok ada.
Kenapa?
KENAPA???
*menunjal dahi si penanya*
Kerana kau memblog mengenai Metal la bro. Bukan kau memblog mengenai Faizal Tahir, Melissa Saila, Ramlah Ram etc (aku tak berapa kenal artis terkini).
Kau pun tidak memblog mengenai resipi masakan.
Sebab itu blog kau sikit je orang datang!
—————-
Tapi bro,
Walaupun sikit je orang datang (berbanding dengan blog hebat yang lain), ketahuilah, pembaca kau tu SETIA.
Benda yang kau tulis pun rapat pada hati mereka.
Mana nak cari blog lain yang cerita mengenai minat kau yang sama – METAL!!!
Sebab itulah balik-balik dia juga yang komen kat kau. Kau sepatutnya rasa bestest sebab kau dah jumpa soulmate kau di alam maya ini.
—————
Tetapi blog Metal kaulah yang aku dok selalu klik dan klik, kadang-kadang bila kau tak update – sampaikan ulang baca entry lama-lama!
Sebagai penyudah – kau yang Metal dan berblog tentang Metal – buat la entry apa-apa walaupun kau rasa entry kau tu entry paling cikai dalam dunia. Kerana entry kau yang cikai itulah yang membuatkan aku tersenyum dan terasa seperti nak mengomen!
*sebenarnya aku mengeluh sebab tak ramai blogger Metal tempatan – yang aktif boleh kira dengan jari – kalau kau berblog mengenai Metal sedangkan aku tak tau – buatkan aku tau dan aku letakkan link kau pada bloglist aku – habis sapa lagi nak aku linkkan? Blog bela kucing?*

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.