Fikir random mingguan

Fikir random mingguan 30 Nov-6 Dec 2009

1. Seminggu tak pergi Uni sebab mengemas barang nak angkut ke Malaysia. Kotak free dapat dari Rundle Mall. Setiap Selasa selepas 6pm, kedai-kedai kat situ semua buang kotak-kotak untuk dikutip oleh council workers. Aku dengan wife sapu dulu kotak-kotak tu.

2. Barangan muzik, Zoom G9.2tt multieffect telah terjual kat sorang mamat di Sydney. Line 6 POD X3 Live sedang nego dengan mamat Adelaide. Gitar GIBSON Flying V ada sorang sahabat dah booking. Tinggal dua bijik gitar kat Malaysia nak dijual, GIBSON Explorer dan ESP MII. Selesai. Boleh pencen main muzik!

3. Checklist barang beli sini nak bawak balik: Walker dah beli sebijik, nak mencari sebijik lagi untuk mak belah aku dan wife. Microwave, aku tak pasti mana murah beli kat sini ke kat Malaysia? Online info Malaysia memang hampeh, takde info langsung. Bab online shopping ni aku rasa Malaysia 5 tahun belakang Australia. Cerek elektrik (besi) dan kuali Tefal pun dibeli. Aiyoo… troli pasar pun beli jugak! Tak tau le lepas ni apa nak beli lagi. Tinggal 2 hari je sebelum shipping!

4. CD penting-penting aku dah separate dengan CD yang tak penting (for sale). Thanks to Lutfie kerana membelikan aku beg CD dari Malaysia. Nanti aku dump jewel cases yang tak pakai kat rumah ko ye Lutfie?

5. Rumah di Tronoh, seorang sahabat baik dah tengokkan. Nampaknya kami kembali ke kawasan banglo Tronoh yang dulu kami sewa. Harga pun OK tak naik-naik, stay at RM400 per month. 4 bilik, 2 bilik air dan laman luas le sikit sebab banglo kan.

6. Arrgghhh banyak lagi benda tak setel ni…. arrrgghhhhh….

7. DVD mingguan. He Was A Quiet Man, Christian Slater tak rupa Christian Slater dah. Cerita not bad tapi agak slow 6/10. G.I. Joe., hampeh jalan cerita terlampau kanak-kanak padahal rating M (for Mature audiences) 6/10. Pride & Glory memang best. Kisah korupsi polis. Edward Norton masih mantop! 8/10. Ice Age 3 pun best jugak. Sid the greatest! 8/10. Igor agak mengecewakan. Tengok pun tak habis 5/10. Public Enemies kisah Robin Hood zaman Depression agak so-so. Kurang aksi kot 6/10. Papadom punya jalan cerita tak logik laaaaa… melampau sungguh sayang anak sampai begitu sekali? 5/10.

8. Youtube mingguan…


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top