Membebel

“Gaji” isteriku RM1000

Isteriku adalah bekas pelajar MRSM Muar – tempat di mana kami pertama kali bertemu.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (CGPA aku menang hahaha…).

Malangnya ketika beliau graduate, zaman ekonomi meleset tahun 1999. Sama kes macam aku. Aku sambung peringkat sarjana di UTM. Dan kami bertunang. Dia tak dapat menggunakan ijazah beliau untuk pekerjaan yang sesuai, jadi dia bertuas sebagai guru sandaran. Begitulah, sehingga kami diijab kabul. Aku makan duit elaun sebagai pelajar sarjana yang buat penyelidikan, dia jadi guru sandaran.

Masa mula masuk rumah sewa bersama (kos rendah), rumah tu memang clear, kosong, yilek apa pun takde.

Cuma Allah s.w.t. bagi kami rezeki, aku buat part-time consultancy, dapatlah buat duit muka Proton Wira 2nd hand.

Bayangkan, rumah kosong tapi kereta Proton Wira (masa tu kira canggih la Wira Aeroback spec UK ni kan, hahah…).

Dalam bilik tidur pun, pakai tilam bujang aku je (jap, nak gelak guling-guling…).

Kemudian aku dapat tawaran kerja sebagai tutor di Universiti Putra Malaysia. Dari Johor Bahru kami pindah ke Balakong. Pada waktu yang sama, isteri mengandung anak yang pertama.

Kami buat keputusan supaya isteri tak payah cari kerja. Cukuplah aku yang tanggung semua. Gaji tutor pun gaji tutor laaaaah!

Alhamdulillah fast forward sampai sekarang, dia tak kerja. Tak kerja kat luar. Tapi kerja hakiki beliau ialah surirumah.

Gaji dia sekarang, BERSIH – RM1000. RM200 dia bagi kat ayah dia, RM300 dia bagi kat mak dia. RM500 dia suka apa nak belanjalah!

Kadang-kadang dia terkesan dengan kawan-kawan dia yang bekerja. Ikut survey dia, dia rasa dia sorang je yang tak kerja dan jadi surirumah sepenuh masa.

Cepat-cepat aku sedarkan dia – BERSIH RM1000 tu, takde cukai pendapatan. “Boss” hakiki adalah suami, takde fitnah di tempat kerja, takde sosial di tempat kerja tak tentu hala, dok rumah terpelihara aurat etc etc…

RM1000 itu bersih untuk dia. Duit belanja dapur lain kira tu wehhhh…

Dan paling best aku kata – TAKDE PIKIR HUTANG!

Hutang biarlah aku sorang yang fikir, usaha dan tak tidur malam. Kau tidurlah lena-lena wahai isteriku dengan RM1000 itu. Fikir dan usahamu untuk keluarga itu sudah cukup membebankan.

Kadang-kadang aku pau juga (sebab gaji bersih) – dapat la belanja makan Pizza Hut 😉 Tapi selalu juga aku yang kena pau balik – apa boleh buat – aku kena goda.

Oleh sebab itu, dia ambil keputusan, malas nak kerja luar (sebab dia tau RM1000 tu bersih dan ada peluang kenaikan gaji pada masa hadapan). Walaupun kadang-kadang makcik-makcik di kampung mengeluh, “Ijazah gantung kat dinding je…”

Aku? Aku niat sedekah. Sebab lama dulu aku dengar kuliah dari Ustaz Ismail Kamus – sebaik-baik sedekah ialah kepada keluarga rapat. Paling rapat siapa lagi? Isteri le…

Apapun kami bersyukur atas rezeki yang diberi Allah s.w.t. Moga ditambah lagi nikmat dunia dan akhirat. Amin!


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top