Gig

Gig: EARBLEED Rainhouse Studio Ipoh, 10/12/2011

Dilema untuk mereka yang dah dekat umur 40 (dan berkeluarga) ialah mencari gig yang sesuai untuk ditonton. Gig walau hari apa pun dibuat akan jadi masalah. Jikalau weekend, masa untuk keluarga. Weekdays pula, hari bekerja.

Dan anda tidak mahu jadi orang paling tua (umur) yang hadir dalam gig tersebut. Kenapa? Bila anda sudah umur begitu saja baru anda akan faham. Tulis panjang-panjang tak guna.

Untuk me-minimal-kan masalah, ialah mencari gig yang paling dekat. Untuk saya = Ipoh. Melainkan jika band itu sesuatu band yang betul-betul mahu ditonton. Contohnya, jika METALLICA atau IRON MAIDEN buat show di KL (juga Ozzy Osbourne, Megadeth, Dream Theater, King Diamond etc haha…)

Gig ini mempunyai beberapa sebab kenapa saya perlu hadir selain dari dekat. Saya mahu menonton Symbiotic In Theory yang hebat dan juga band pecahan Profane Creation iaitu Cruelty Division. Juga saya tahu, Ipoh adalah “bandar” Metal. Ramai rakan-rakan sebaya (mencecah 40an) juga akan hadir. Old habit die hard – kata orang Bota.

Namun begitu, menambah aral pada hari tersebut, hujan lebat yang amat turun dalam masa hendak bertolak. Saya tidak mahu kelihatan seperti ketagihan, maka saya rilek-rilek saja menunggu hujan reda.  Penyudahnya saya sampai di venue, selepas 4 band usai beraksi. Agak terkilan juga kerana band Ipoh Ventorior dan Bilharzia juga sudah selesai. Hairan, nama mereka secara relatif agak besar juga, kenapa bermain dulu. Patut dianjakkan mereka sedikit ke belakang.

Hebat juga kehadiran mereka yang mencecah 40an. Mungkin separuh dari jumlah yang hadir. Sebab itu Ipoh layak dipanggil Ipoh’s Metal Militants Supremacist!

SYMBIOTIC IN THEORY

Tukang solo sambil senyum-senyum je.

Tukang solo juga
Bass pun menyolo (sebab itu mereka hebat!)
SAMMAEL ABRAHAM
Pernah disebut-sebut dalam Mastika/Harian Metro.
BILHARZIA
Band resident Ipoh dengan vokalis berpangkat General (Jepun).

CRUELTY DIVISION

Apa yang kelakar tu Jadam?
Ayah Chor

Tanpa bassist (tapi masih bingit)

SESI MELEPAK DAN BERTUKAR-TUKAR CERITA
Di Restoran Vanggey (antara topiknya, CK Music Year End Sale, Unifi (buka Youtube 10 windows – just to show that it can be done), durian yang lebat di Kampung Gajah dan sebagainya.

All photos taken from Pogie Mutilator

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top