“Ya Allah, aku berkehendakkan agamaMU, maka pilihlah aku!”
No entry fee, no registration fee, no form to submit… total free access. Cuma sediakan diri untuk pergi je.
Anda peminat dan sibuk dengan Hard Rock, Heavy Metal, Death Metal, Black Metal, Thrash Metal, punk, emo, hardcore, grunge, nasyid, pop, jazz…? No worries. Selagi anda ada kalimah Lailahaillallah (ataupun baru berminat nak mengenali kalimah tersebut – belum Islam tapi mahu jadi Islam), SILALAH DATANG!
Be there… jangan ketinggalan untuk menyibukkan diri dengan suasana beragama. Tak jadi keretapi di jalan yang lurus, jadi skru kecil dalam keretapi itu pun sudah cukup. Yang penting jangan memanjang tertinggal. Kiamat kecil pasti akan datang (mati).
—————————————
(sila klik untuk imej lebih besar)Dikutip dari AZHAR JAAFAR.
- Tarikh ijtimak Malaysia 9, 10, 11 & 12 Julai 2009 di KUARTERS KLIA (sila rujuk peta). InsyaAllah.
- Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
- Tempat dan tujuan ijtimak; KLIK SINI.
- Kemudian elders (orang-orang lama) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
- Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.
Jemaah Asar – Isyak
- Jemaah ini perlu dirombak semula
- Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.
- Perlu hadir malam markas.
- Gash (ziarah) umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
- Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.
Karguzari (laporan) ringkas ijtimak Tongi 2009 (Bangladesh)
- Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
- Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
- Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
- Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
- Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
- Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
Untuk itu;
- Buat kerja dakwah.
- Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
- Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
- Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
- Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.
Nota Tambahan
Sekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis:
- Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan.
- Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.
- Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru.
- Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. Bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.
- Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.
- Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah!

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






