Musik

Introduksi kepada ULI JON ROTH

Uli Jon Roth dikenali sebagai gitaris SCORPIONS dari album Fly To The Rainbow hinggalah Tokyo Tapes (1974-1978). Nama sebenar beliau ialah Ulrich Roth dan dilahirkan pada 18/12/1954). Beliau bersama Yngwie J. Malmsteen menjadi penyumbang utama dalam sub-genre muzik neo-clasiccal Metal.

Kepada peminat tegar SCORPIONS, beliau dianggap sebagai gitaris terbaik band tersebut walaupun hadirnya cuma 5 tahun saja. Ini disebabkan oleh kerana sentuhan beliau dalam album-album tersebut, SCORPIONS kedengaran tidak seperti SCORPIONS yang ada sekarang. Sentuhan beliau menyebabkan komposisi SCORPIONS mengandungi elemen psychedelic, blues dan funk. Kontras dengan komposisi SCORPIONS sekarang yang lebih kepada hard rock secara total.

Selain dari itu, beliau bukan saja bermain gitar malah menyanyi dalam beberapa buah lagu di dalam album tersebut.

Elemen muzik dan vokal beliau banyak dipengaruhi oleh Jimi Hendrix. Beliau sendiri telah mengahwini awek Jimi Hendrix sebelum meninggal iaitu Monika Danneman.

Keluarnya beliau dari SCORPIONS adalah kerana majoriti ahli muzik SCORPIONS mahu bermain muzik hard rock yang total. Ini berlawanan dengan hasrat beliau dan rasa tak puashati beliau ini telah dinukilkan di dalam lagu I’ve Got To Be Free (album Taken By Force).

Show lagenda SCORPIONS di Jepun dirilis sebagai album Tokyo Tapes, yang mana beliau telahpun keluar lebih awal. Namun, kehebatan beliau dengan gitarnya sempat dirakam dalam album tersebut.

Beliau kemudiannya berjuang sebagai artis solo. Ini memudahkan beliau merealisasikan segala visi dan misi beliau yang mahu bereksperimen dengan gitar.

ELECTRIC SUN adalah projek pertama beliau selepas SCORPIONS dan sempat merakamkan tiga buah album. Sebagai mengiktiraf pengaruh Jimi Hendrix terhadap beliau, album pertamanya, Earthquake (1974) ditujukan khas kepada mendiang. Ironinya, lagu-lagu dalam album tersebut lebih bersifat neo-classical dengan gitar elektrik, berbeza dengan elemen hard rock dan psychedelic di dalam album-album Jimi Hendrix. Album kedua dan ketiga dinukilkan khas untuk Presiden Anwar Sadat dan Martin Luther King

Selepas tiga album tersebut, beliau semakin tenggelam dengan eksperimentasi klasikal dengan gitar elektrik beliau dengan penglibatan bersama banyak orkestra di Eropah.

Kemunculan beliau dengan muzik rock kembali pada tahun 1998 apabila beliau bermain di stas stage bersama dengan Steve Vai dan Joe Satriani dalam siri tour G3.

Dan seterusnya pelbagai lagi persembahan di atas pentas beliau dengan muzik rock. Yang paling menarik ialah apabila beliau berkongsi pentas bersama SCORPIONS pada tahun 2006 yang kemudiannya dimeterai didalam bentuk DVD, A Night To Remember.

Untuk menikmati komposisi beliau bersama SCORPIONS, mungkin agak sukar jika kita sudah terbiasa dengan hard rock SCORPIONS. Ini kerana komposisi beliau tidak mengikut frame dan kerangka hard rock asas. Sebaliknya, elemen klasikal dan psychedelic telah dijadikan inti utama.

Selain itu, gitar solo beliau adalah phenomenal. Skill beliau menggunakan gitar bersama whammy bar pada zaman beliau bolehlah dikatakan phenomenal sepertimana Eddie Van Halen terkenal dengan tapping skill. Untuk mendengar kehebatan solo gitar beliau, dicadangkan untuk mendengar album Fly To The Rainbow (versi live Tokyo Tapes), Polar Nights, The Sails Of Charon, Drifting Sun dan Sun In My Hand antara lainnya.

Sebagai mengakhiri introduksi ini, beliau juga terkenal dengan gitar custom-made beliau yang diberi nama SKY GUITAR. Ia mempunyai fret lebihan yang dibina untuk mendapatkan pitch biola yang tinggi! Jika anda mendengar mana-mana lagu di dalam zaman Electric Sun, pasti anda akan mendengar pitch ini, yang sangat tinggi. Jangan ditiru, kerana memang tidak boleh. Melainkan anda mempunyai Sky Guitar.

Sky Guitar. Takde kena mengena dengan Ayah Pin.

Seleksi album

SCORPIONS
Fly to the Rainbow (1974)
In Trance (1975)
Virgin Killer (1976)
Taken by Force (1978)
Tokyo Tapes (1978)

ELECTRIC SUN
Beyond the Astral Skies (1985)
———-

Ruangan baru ini adalah untuk pengenalan kepada artis/band Rock/Metal. Jika ada cadangan menarik, sila kemukakan di dalam ruangan komen.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top