IMM seterusnya menyemarakkan kelompok kedua yang terdiri dari band seperti PYRON, PURNAMWULAN, NEFTARAKA dan sebagainya. Walaupun band-band seperti ini bukanlah IMM yang asal tetapi mereka juga telah sebati di dalam membawa ‘semangat’ IMM ke persada Metal ekstrim tempatan. IMM itu sendiri bukanlah satu persatuan atau fahaman tetapi cuma untuk mengkategorikan pendokong, band dan individual di sekitar bandar Ipoh yang meminati muzik Metal ekstrim secara keseluruhannya.
Sebagai mengakhiri artikel ringkas mengenai IMM ini, suka aku akhiri dengan ruangan di mana mereka sekarang, iaitu anggota band IMM yang merakamkan lagu-lagu mereka di dalam kompilasi UHP.

ADIK (bass/vox) – bekerja di KL. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS.
DAEI (gitar) – bekerja di KL. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS. Juga bermain gitar untuk SIL KHANNAZ (aktif) dan VOCIFERATION ETERNITY (aktif). Mempunyai home studio sendiri, FINGERWORK STUDIO yang terlibat dalam pembikinan demo dan album Metal ekstrim.
JADAM (gitar) – bekerja di KL. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS. Mempunya side-project MESMERIZED.
WIRA (drum) – bekerja di Langkawi. Masih aktif dengan NECROTIC CHAOS. Juga menjadi vokalis sebuah kumpulan reggae terkenal di sebelah utara. Beliau bermain drum untuk NECROTIC CHAOS, LANGSUYR, ATHOTORGH dan PROFANE CREATION di dalam kompilasi IMM!!!

AZLANTHOR (vokal) – bekerja di KL. Masih aktif bersama LANGSUYR.
BATARA GURU (gitar) – menukar nama kepada Bentara. Masih aktif bersama LANGSUYR. Melanjutkan pelajaran di Australia.
AZMANIAC (gitar) – bekerja di Seremban. Masih aktif bersama LANGSUYR.
WIRA (drum) – lihat NECROTIC CHAOS

PROMASTER (bass/vox) – menetap di UK. Tiada maklumat mengenai penglibatan beliau dengan muzik.
GEA DREAMSTONE (gitar) – menetap di Jepun. Tiada maklumat mengenai penglibatan beliau dengan muzik.
WIRA (drum) – lihat NECROTIC CHAOS
PROFANE CREATION (tidak aktif):
KHAIRUL (vox) – bekerja di Ipoh. Tidak aktif dengan muzik. Mempunyai syarikat printing, KAZ PRODUCTION yang mengeluarkan banyak t shirt Metal tempatan terutamanya LANGSUYR dan HAYAGRIVA.
JADAM (gitar/programming) – lihat NECROTIC CHAOS
WIRA (drum) – lihat NECROTIC CHAOS

AAVIMARGA (vox) – tidak diketahui
MANTHERAVATHEE (gitar) – bekerja di Sarawak. Masih aktif bersama HAYAGRIVA.
DYORAKTHA (bass) – bekerja di Ipoh. Tidak aktif dengan muzik.
VENKHATESWEHRA (keyboard) – bekerja di Ipoh. Masih aktif bersama HAYAGRIVA.
NHAJASAKTHEE (drum) – bekerja di KL. Masih aktif bersama HAYAGRIVA.
Pautan band IMM:
NECROTIC CHAOS http://www.myspace.com/necroticchaos
LANGSUYR http://www.myspace.com/langsuyrband
HAYAGRIVA http://www.myspace.com/hayagriva
PROFANE CREATION tiada
ATHOTORGH tiada
Pautan berkaitan:
IMM Museum + Fan Site http://www.myspace.com/ipohmetal
KAZ PRODUCTION http://www.myspace.com/kazproduction
VOCIFERATION ETERNITY http://www.myspace.com/vocieternity
MESMERIZED http://amp.channelv.com/mesmerized

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.