
Sejak beli semalam, baru sempat dengar sekali full-swing dan beberapa kali secara random. Setakat ni, lagu yang paling melekat, Coming Home (Smith/Harris/Dickinson).
Riff mula lemak berkrim. Walaupun pattern riff tersebut bukan tak pernah dibuat orang, tetapi cara chord-progression yang disulam oleh Adrian, memang ada twist sikit. Selepas riff yang agak rancak tu, tiba-tiba muzik diperlahankan dengan plucking gitar dan vibe yang terasa adalah seperti lagu Children of the Damned (album The Number of The Beast), Revelations (album Piece Of Mind), Wasting Love (album Fear of The Dark) dan 2 A.M. (The X-Factor).
Mood lagu sangat atmospheric. Gitar melodinya syahdu, sesuai dengan lirik yang bertemakan kepada perjalanan sekelompok manusia ke planet yang lain (tafsiran zahir). Secara batiniah pula, aku suspek lagu ini mengenai perjalanan manusia dari dunia ini ke alam akhirat (ya, orang bukan Islam pun percaya akan ini jadi ianya tidak pelik). Untuk tidak menjadi bias, Dickinson menulis;
Over borders that divide the earthbound tribes,
No creed and no religion,
Just a hundred winged soul
Winged soul – kepercayaan subconcious orang Barat (dan banyak budaya manusia) bahawa kematian boleh menjadikan mereka seperti malaikat yang berkepak.
Solo gitar bermula dengan Dave Murray. Pada aku, ini adalah antara solo beliau yang terbaik sejak sekian lama. Beberapa album kebelakangan ini, susah nak pilih solo beliau yang memorable tapi dalam lagu ini, memang tidak syak lagi. Solo beliau kemudiannya disambut oleh Adrian Smith dengan trademarknya yang memang kita sudah kenal baik. Janick Gers nampaknya menjadikan dirinya latar belakang sahaja untuk album ini; tiada solo.
Vokal Bruce memang menyentuh perasaan sampai tahap meremangkan bulu roma. Aku dapat rasakan yang Bruce pun merasa ini adalah track yang paling penuh dengan emosi yang mengarahkan naluri beliau memberikan 110% dalam lagu ini. Drum Nicko juga sangat lembut terutama pada permainan ride cymbals (memang dia terkenal dengan kelembutan ini pun sejak dari dulu).
Ini akan menjadi lagu feveret dalam live show. Chorusnya membayangkan suasana satu stadium akan menyanyi bersama. Teringat semasa menonton secara live di New Zealand, kami (penonton) menyanyikan lagu-lagu IRON MAIDEN dengan penuh perasaan dan sekali-sekala pandang memandang sesama kami, seolah-olah kami berduet sesama kami. Priceless!
————
Peminat IRON MAIDEN tanahair, apa lagi? Bila lagi nak beli CD IRON MAIDEN yang original?

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.