
Saya akan komen karikatur Zunar di akhir tulisan.
Saya sokong AES dengan pembaikan. Mana-mana komplen yang munasabah, perlu diambil perhatian dan pembaikan perlu dijalankan.
Saya sokong AES kerana saya dapat buat perbandingan antara pemandu di Malaysia dengan negara maju; Australia dan USA. Saya menetap di Australia selama 3.5 tahun dan USA 3 bulan. Nyata pemanduan mereka lebih cermat. Yang lebih penting, mereka nampak menghormati undang-undang jalan raya.
Jika hadlaju 40km/j kerana melalui kawasan sekolah, memang SEMUA akan memandu dengan kelajuan tersebut. Jika ada tanda berhenti, memang mereka akan berhenti. Jika ada garisan zebra untuk laluan pejalan kaki, memang mereka akan berhenti dan memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas.
Anda pun tahu saya pun tahu keadaan kita di Malaysia.
Hari-hari kita memandu, berapa kali anda nampak kereta/motor langgar lampu merah? Sekali sebulan? Sekali seminggu? Hari-hari? Atau setiap lampu merah pasti ada yang melanggarnya?
Tidakkah anda rasa sedih?
Mengenai kartun Zunar, beberapa komen yang saya rasa patut. Sebab di dalam facebook, ramai yang mengutuk polis berkaitan dengan kartun tersebut.
Pertama, mereka lupa bahawa setiap hari pasti ada laporan polis menyelesaikan kes-kes jenayah di dalam akhbar. Komen membantai polis seolah-olah lupa akan penat lelah polis selama ini. Pernah anda terjumpa komen dalam laman sosial mengucapkan terima kasih kepada PDRM? Dari pihak pemerintah pun jarang dari yang membangkang pun tiada.
Kedua, AES adalah dalam bidang tanggungjawab JPJ, kan? Apa kena mengena PDRM?
Ketiga, Zunar adalah kartunis politik sebelah pihak. Lagaknya memang begitu, sentiasa akan mengkritik sebelah pihak yang lain dan mengabaikan kesalahan di pihak beliau. Apabila kita faham situasi ini akan lebih faham kenapa sifat karikatur beliau begitu dan kita lebih berhati-hati dalam tindakan kita.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.
