
Sebagai pendengar muzik tegar, anda pasti
aware dengan RECORD STORE DAY yang disambut pada Sabtu ke-3 bulan April
setiap tahun. Ia dimulakan sejak tahun 2007.
Tahun ini ia jatuh pada 19th April.
Salah faham pada penyambut RSD ialah kerana
adanya perkataan RECORD dalam RSD, maka mereka meraikan vinyl saje.
Sedangkan tidak begitu. Ia bukan meraikan vinyl. Ia meraikan sub-culture
pembelian medium muzik fizikal (kaset, CD, vinyl etc). MP3 tak masuk
dalam RSD RSD BUKAN EVENT MERAIKAN VINYL SAJA!
Dan lebih utama ia juga meraikan kedai-kedai fizikal yang masih tegar
menjual medium fizikal ini walaupun jualan tidak memberansangkan seperti
dahulu. Kedai-kedai ini bukan sekadar kedai. Ia adalah sumber asal
kepada muzik yang anda dengar sekarang.
Berapa banyak kedai yang menjual muzik sekarang. Boleh kira dengan jari kan? Nak mencarinya pun susah.
Berapa ramai individu yang MASIH membeli muzik dalam bentuk fizikal *tersedak dan terbatuk*?
Berapa ramai individu yang apabila mendengar pengumuman dari artis/band
kegemaran beliau, akan berasa teruja dan tak sabar-sabar menunggu
rilisnya album tersebut dan menjadi orang pertama untuk membelinya dalam
BENTUK FIZIKAL?
Berapa ramai individu yang selepas membeli
album tersebut, berangan-angan untuk balik ke rumah dan mendengarnya
dengan pelbagai posisi duduk, meniarap, terlentang sambil kedua tangan
membelek booklet, inlay dan mengkagumi/mengutuk artwork album tersebut?
Berapa ramai individu yang juga membaca thank list, kredit album, endrosement dalam booklet, inlay album tersebut?
Soalan-soalan di atas adalah relevan untuk RSD. Bahkan itulah maksudnya RSD.
Dan soalan terakhir… siapa yang ada koleksi CD, vinyl, kaset etc yang dah rupa record store?

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.