Perasan tak Falls tu ada “s” yang bermaksud ada lebih dari satu (plural). Sebabnya, ada 3 falls di sini. 2 dalam jajahan US dan 1 Canada. Yang di Canada tu paling besar antara 3 tetapi nak masuk Canada kena ada visa, jadi leceh. Cukuplah sekadar dapat ziarah 2 falls pada jajahan US.
2 falls tu letaknya berdekatan antara satu sama lain dan bernama Bridal Veil dan Horseshoe Falls. Nak tengok cantik, kena berada di sebelah Canada. Shot di bawah ni terpaksa diambil dari wikipedia sebab takde chance nak mengadap arah tu.

Oleh kerana Niagara Falls ni berada dalam dua negara, maka alamat pun kongsi; Niagara Falls, Ontario, Canada dan Niagara Falls, New York, USA. Orang kata kalau kita dapat ke sebelah Canada, view lagi cantik. Memang betul pun seperti bukti gambar di atas tu. View camtu tak akan dapat dari belah USA.

Kami pun tak pasti dari arah mana kami sampai Niagara Falls ni. Tourist guide hampeh. Patutnya, route penting, bandar penting dia announce la. Tengok dari gaya, budak muda lagi berbangsa Cina. Mungkin awal 20an. Dua orang. Sorang tu, dia punya English baru belajar. Apa dia cakap tak faham. Apa nak buat. Untuk travel yang bajet, memang komuniti Cina di New York yang rajin buat. So, jambatan apa pada gambar atas pun tak tau apa nama dan dari mana kami sampai.

Kalau anda klik gambar di atas dan perhatikan pada bangunan di hujung sana tu nampak macam kabus kan? Itulah kabus Niagara Falls. Percikan air terjun tu menghasilkan kabus yang sebegitu hebat sampai nampak dari jauh lagi. Orang dalam bas dah sibuk ambil gambar semuanya. Excited gila.

Kami diturunkan dan terus bergerak ke destinasi dengan berjalan kaki. Tak sempat tengok kiri kanan dah. Walaupun ada gerai, bangunan etc tapi hajat kami semata-mata nak melihat Niagara Falls. Yang lain boleh tengok kemudian (kalau ada masa). Gambar di atas tu Rainbow Bridge, yang menghubungkan US dan Canada. Sure ada pusat imigresen punya. Bandaraya Ontario di sebelah sana lebih meriah. Ia bandaraya yang besar jika dibandingkan dengan di sebelah US ni.
Perasan tak warna hijau tu? Ada sebab:
The verdant green colour of the water flowing over the Niagara Falls is a byproduct of the estimated 60 tonnes/minute of dissolved salts and “rock flour” (very finely ground rock) generated by the erosive force of the Niagara River itself.

Seperti yang ditulis, ada 2 falls. Gambar di atas adalah bersebelahan dengan Bridal Veil Falls. Ada rupa macam pengantin tak? Maksud saya, air terjun tu (bukan saya).
The Bridal Veil Falls is the smallest of the three waterfalls that make up Niagara Falls. It is located on the U.S. side (in New York State); Luna Island separates it from the American Falls and Goat Island separates it from the Horseshoe Falls. The Bridal Veil Falls faces to the northwest and has a crest 56 feet (17 m) wide.
Luna Island being very small, the Bridal Veil is similar in appearance to the American Falls, starting with a vertical fall of 78 feet (24 m), followed by the water violently descending the talus boulders to the Maid of the Mist Pool 103 feet (31 m) below. The total vertical drop is 181 feet (55 m). The crest elevation of the Falls is 508 feet (155 m).
The Cave of the Winds attraction allows visitors to walk up to the base of Bridal Veil Falls. A pedestrian bridge crosses from Goat Island to Luna Island several yards (meters) upstream from the crest of the falls.
The waterfall has also been known in the past as Luna Falls and Iris Falls.

Masalah bila kita ikut tour guide ni ialah masa pendek. Benda yang kita nak tengok, kadang-kadang tak boleh tengok sebab dah pre-arranged. Contohnya, Cave of the Winds tu tak dapat tengok. And of course, masa mengejar. Kena cepat.

Lebih kurang 110,000 m3 air secara purata jatuh setiap minit. Mencurah-curah. It makes me wonder, camana punya banyak air yang mencurah-curah tu SETIAP MINIT tapi tak habis-habis. Ataupun dengan fikir cara lain, punya la banyak air. Walaupun air punya banyak, masih ada lagi negara yang tak cukup air, kemarau. In the end, kita serah balik pada kekuasaan Allah s.w.t. Hebat!

Lagi fakta mengenai Niagara Falls:
The Horseshoe Falls drop about 173 feet (53 m), while the height of the American Falls varies between 70–100 feet (21–30 m) because of the presence of giant boulders at its base. The larger Horseshoe Falls are about 2,600 feet (790 m) wide, while the American Falls are 1,060 feet (320 m) wide.

Apa nama menara kat belakang saya tu? Tak pasti.
Sejarah tamadun ni Niagara Falls ni boleh tahan panjang. Bermula dengan kaum Indian asli. Nama Niagara ini sendiri diberi oleh mereka:
“Niagara Falls. This name is Mohawk. It means, according to Mrs. Kerr, the neck; the term being first applied to the portage or neck of land, between lakes Erie and Ontario. By referring to Mr. Elliott’s vocabulary, (chapter xi) it will be seen that the human neck, that is, according to the concrete vocabulary, his neck, is onyara. Red Jacket pronounced the word Niagara to me, in the spring of 1820, as if written O-ne-au-ga-rah.”
Kemudian warga Perancis jumpa pada abad ke-17 secara tak sengaja. Secara umumnya depa nak cari laluan ke Timur melalui Barat.
Di zaman moden, ia menjadi rebutan antara Canada dan Amerika. Siapa menang dapat banyak kelebihan. Pada masa itu, sudah tentunya kawasan dan nisbah kecil pada pelancongan.
Sekarang, ia menghasilkan kuasa elektrik secara hidraulik. Together, Niagara’s generating stations can produce about 4.4 gigawatts of power. Banyak tu! Ikut kata tour guide, Canada dapat hampir separuh dari kuasa elektrik mereka dari Niagara Falls ni. Jadi tak hairanlah dulu Canada dan US berperang untuk mendapatkan kawasan ini.

Tarikan utama di sini selain dari panorama dari darat ialah Maid Of The Mist, tour boat yang bermula sejak tahun 1864 lagi. Oleh kerana kawasan tour ini terbahagi pada dua, maka dua-dua negara menawarkannya. Nak bezakan, perhatikan saja bendera apa yang dibawa oleh bot.
Boat MotM sekarang ni sudah pada generasi ke-7. Dan inilah boat yang kami naik pada hari itu.
- Years of service: 1997–present; twin of VI
- Length: 80 ft
- Weight: 145 tons
- Engine: two 350 hp diesel
- Passengers: 600





, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.