
Baca buku Enter Night masuk bab kemasukan Jason dalam Metallica.
Tour yang dirancang banyak dihadapan ketika Cliff meninggal dunia. European dan US tour boleh kensel tapi Japan, payah sikit sebab market besar. Management Q Prime suruh juga Lars dan James teruskan Japan tour tu, yang bermula lagi 5 minggu! Oleh sebab itu, mereka harus mencari pengganti Cliff sekarang juga.
Di Bay Area, seperti yang diperhatikan oleh Zazula (Megaforce), semua bassist dah mula praktis lagu Anesthesia (Pulling Teeth). Ramai juga yang terkenal masuk audition.
Jason memang peminat kental Metallica. Bersama Flotsam & Jetsam, mereka pasti akan memainkan lagu Whiplash sebagai lagu terakhir dengan Jason sebagai vokal. Pertama kali beliau menonton Metallica, beliau tercegat dan terpaku memandang Cliff. Jason memakai baju Metallica ketika itu.
Seperti Cliff, yang mencadangkan Jason kepada Metallica ialah Zazula juga. Zazula menelefon dan bertanya samada Jason mahu. Sudah tentu mahu! Berbekalkan duit pinjaman dari rakan-rakan, beliau terbang ke tempat audition Metallica. Di tempat audition, James bertanya lagu apa yang hendak dimainkan. Jason menjawab, apa-apa sahaja sebab semua lagu Metallica telah dihafal!
Selesai audition mereka mabuk-mabuk di bar (seperti biasa). Ketika James dan Lars di dalam tandas mereka bertanya sesama sendiri, “This is the guy, right?” Keluar dari tandas mereka terus bertanya kepada Jason, “Do you want the job?” Jason hampir pengsan.
Tetapi impian kecil Jason mula bertukar kepada mimpi ngeri beberapa hari selepas beliau diterima masuk ke dalam Metallica.
…bersambung

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.