——————–
Artikel asal Iman dan Lojik
Asas kepada persoalan penulis adalah perlunya iman kepada seseorang Islam namun pada masa yang sama ia mestilah selari dengan logik. Penulis mengatakan bahawa hanya Al-Quran yang layak untuk menceritakan hal-hal yang tidak logik kerana ia datangnya dari Allah. Sedangkan hadith-hadith itu bukan dari Allah s.w.t. dan boleh saja ada yang tidak tepat bahkan palsu.
Memang wujud hadith-hadith yang daif dan palsu. Dan hadith-hadith tersebut telah disisihkan dan dihalusi supaya jelas di mana kecacatan itu berlaku, samada pada matan mahupun sanadnya.
Penulis mengatakan Sahih Bukhari adalah tidak setaraf dengan Al-Quran dari segi kemaksumannya. Dengan lain perkataan, Sahih Bukhari boleh saja timbul kecacatan (ie palsu/daif jiddan) disebabkan ianya bukan datang dari Allah s.w.t. Saya merasakan bahawa penulis bersangka bahawa perawi yang membawakan matan tersebut mungkin tersilap.
Untuk menegakkan argumen beliau, penulis membawakan hadith tentang Rasulullah s.a.w. yang maksum itu masih boleh disihir. Bantah penulis, Rasulullah s.a.w. adalah maksum, maka MUSTAHIL Rasulullah s.a.w. boleh disihir.
Di sinilah kesilapan fatal penulis dalam memahami diri Rasulullah s.a.w. sebagai pesuruh dan utusan Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman,
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.(Surah al-A’raf: 188).
Rasulullah s.a.w. adalah makhluk seperti makhluk yang selainnya. Jika ada superpower pada Baginda s.a.w., itupun adalah semata-mata dengan kurniaan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. juga adalah manusia biasa pada kebanyakan masa, sesuai dengan sebab Allah s.w.t. menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh ikutan.
Jika menggunakan logik, mengapa disusahpayahkan usaha membawa agama ini kepada Rasulullah s.a.w.? Bukankah lebih baik jika Rasulullah s.a.w. menggunakan jampi yang mana apabila digunakan, maka Islamlah si kafir yang didakwahkan. Tidak perlu Rasulullah s.a.w. berdarah-darah dibaling baru sewaktu di Taif atau dimaki hamun di Mekah. Mungkin Baginda s.a.w. cukup sekadar menuding jari, maka orang yang ditudingnya itu mendapat hidayah dan masuk Islam.
Disebalik ketiadaan superpower Rasulullah s.a.w. seperti yang diharapkan, ia sepatutnya mengundang persoalan tentang begitulah kehendak Allah s.w.t. dalam beragama iaitu pengorbanan. Jika Rasulullah s.a.w. diberi superpower dalam usaha agama, sebagai contoh, jampi tersebut, sudah tentu jejak langkah itu tidak dapat dilakukan oleh kita. Maka ramailah yang beralasan bahawa, kerja dakwah itu hanya Rasulullah sahaja yang layak kerana beliau ada superpower sedangkan kita tidak!
Kelemahan Rasulullah s.a.w. yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t. itu juga untuk menunjukkan bahawa sebesar mana pun seseorang manusia itu disisi Allah s.w.t., tetap dia seorang makhluk yang mengharapkan belas ihsanNya. Ini sudah tentu untuk mengelakkan Rasulullah diangkat terlampau tinggi hingga setaraf dengan Allah s.w.t. seperti yang telah terjadi pada orang Kristian yang mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak Allah s.w.t. (nauzubillah)!
Keterlampauan superpower pada Rasulullah s.a.w. akan menyebabkan agama ini menjadi impossible untuk dipraktis! Itulah ketinggian hikmah Allah s.w.t. dalam meletakkan Rasulullah s.a.w. kepada benchmark manusia biasa. Supaya kita dapat mendapat contoh praktikal yang boleh diikut.
Saya percaya penulis bukanlah seorang yang menolak hadith tetapi telah timbul sedikit kekeliruan dalam memahami hadith-hadith yang dilihat sebagai tidak logik pada fikiran beliau. Dalam agama, kadang-kadang logik harus ditolak, bukan kerana ia tidak logik, tetapi logik kita tidak sampai kepada logik yang sebenar. Logik dalam agama, kadang-kadang tidak direct, tetapi berlapis-lapis yang memerlukan penelitian dan pemerhatian. Untuk kita yang tidak mempunyai keupayaan, gunakanlah alim-ulama kita yang ada. Jangan jadikan mereka idle tetapi manfaatkan ilmu mereka dengan soalan-soalan yang ilmiah.
Rujukan
http://drmaza.com/home/?p=1032

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






